Surat khabar lama perbagai guna

Daripada kitar semula kertas kepada seni dan kraf, terdapat banyak kegunaan surat khabar lama.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

1. Membersihkan tingkap

 

Menggunakan surat khabar lama untuk membersihkan tingkap kaca berfungsi lebih baik daripada kain untuk mencegah tompokan air. Gunakan larutan cuka makan dan air dan lihat hasilnya yang bersinar.

 

2. Pelapik kotak tandas kucing

 

Letakkan beberapa helaian kertas suratkhabar di bahagian lantai kotak pasir tandas kucing anda. Timbuskan dengan pasir kucing. Anda akan dapati sebarang bau hancing dan kelembapan akan diserap.

 

3. Pembersih dapur pembakar daging barbeku.

 

Rendam surat khabar di dalam air, letakkan helaian di atas gril barbeku yang hangat, tutup penutup dan biarkan selama kira-kira sejam. Kemudian hanya keluarkan kertas dan lap gril sehingga bersih.

See also  Netizen teruja sikap lelaki buat kerja potong rumput untuk kumpul duit beli makanan kucing terbiar

 

4. Penjaga bentuk kasut dan beg tangan

 

Kasut kulit dan beg tangan yang hendak disimpan akan kekal bentuk serta terhindar dari kulat serta bau hapak dengan menyumbat penuh menggunakan surat khabar.

 

5. Penyerap wap air dan kelembapan lantai kereta

Letakkan surat khabar yang dilipat di atas lantai kenderaan anda – ia akan menyerap air dan bau serta membantu mengelakkan kotoran dari permaidani.

 

6. Penyahbau kasut

See also  Jika begini caranya tak perlu jadi manusia pun

Ronyokkan bebola surat khabar dan masukkan ke dalam kasut yang berbau. Biarkan semalaman dan hasul, yang sebarang bau hapak akan hilang.

 

7. Berkesan untuk menyerap minyak

Gantikan kain buruk dengan surat khabar lama sangat berkesan membersihkan berus cat, menanggalkan kesan minyak dan mengemop tumpahan petrol.

 

8. Membersihkan serpihan kaca

Mula-mula, ambil dan buang kepingan yang lebih besar yang dibalut dengan surat khabar lama. Kemudian hapuskan kawasan sekeliling dengan berhati-hati dengan beberapa helai surat khabar basah – serpihan kaca akan melekat pada gumpalan kertas yang lembap.

 

9. Bahan baja kompos

Tambah surat khabar basah yang dicincang halus pada timbunan kompos anda akan dapati kehadiran koloni cacing tanah yang merupakan agen pembentukan kompos.

See also  Kucing sakit dibuang di tanah perkuburan akhirnya diselamatkan

 

10. Terapi cakar kucing

Kucing mengamalkan terapi hilangkan tekanan antaranya dengan mencakar kertas. Bentangkan kertas suratkhabar untuk simanja anda bergembira.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Surat khabar lama perbagai guna " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139449
Users Today : 625
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21578
Users Last 30 days : 74105
Users This Month : 33174
Users This Year : 139448
Total Users : 139449
Views Today : 837
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33485
Views Last 30 days : 114652
Views This Month : 51227
Views This Year : 213617
Total views : 213618
Who's Online : 31
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares