Nak kuat hingga menyebabkan alat kelamin kiook

Ramai lelaki yang menghadapi masalah ereksi atau mati pucuk mencari jalan pintas untuk pulih dengan menggunakan ubat kuat tanpa merujuk dengan doktor.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kebanyakan dari mereka terpengaruh dengan iklan iklan yang menjanjikan ‘bulan bintang ‘

Antara ubat kuat yang popular ialah Candy B & Viagra. Dan terkini bahan ini dicampur dalam minuman kopi 3 dalam satu dijual secara meluas.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan dimedia pada 25/5/2022 telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli atau minum kopi tiga dalam satu ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’ yang dipromosi untuk mempertingkatkan kesihatan seksual lelaki.

See also  Jangan Buang Biji Labu kerana punyai khasiat Untuk Kesihatan

Ini selepas dua orang yang minum kopi itu jatuh sakit teruk, termasuk seorang yang mengalami priapisme atau ereksi alat kelamin selama empat jam selepas minum kopi itu, kata HSA lagi.

Priapisme adalah keadaan kecerderaan yang serius dan boleh merosakkan tisu alat kelamin serta menyebabkan mati pucuk.

See also  Semak Produk kesihatan lulus KKM sebelum beli

Lebih memeranjatkan tidak ada langsung bahan yang dikatakan herba dalam kopi berkenaan.

Kopi berkenaan telah dicampur dengan bahan tadalafil & sildenafil pada dos yang tinggi tanpa seliaan doktor.

Bahan merbahaya ini perlu mengikut sukatan yang dibenarkan dan tidak boleh diguna sewenang-wenangnya.

Pengambilan tanpa kawalan akan menyebabkan mati pucuk kekal tidak dapat dirawat lagi.

Jadi, jangan pandang rendah walaupun ia membantu kerana ia memberi kesan buruk untuk jangka panjang.

See also  Seorang penumpang kereta api JB-Tumpat positif Covid-19
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Nak kuat hingga menyebabkan alat kelamin kiook " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377879
Users Today : 1474
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16018
Users Last 30 days : 61269
Users This Month : 4883
Users This Year : 377878
Total Users : 377879
Views Today : 1958
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23835
Views Last 30 days : 94087
Views This Month : 7123
Views This Year : 581817
Total views : 581818
Who's Online : 10
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares