Lanjutan dari pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob baru baru ini, satu sinar baru untuk golongan B40 dan M40 yang tidak bergaji tetap dan tidak ada slip gaji memiliki rumah.

Kaedah pembiayaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)
SJKP ialah syarikat kerajaan milik penuh Kementerian Keewangan. Sebanyak RM2 Billion telah diperuntukkan untuk modal awal SJKP dalam belanjawan 2022.
Golongan petani, nelayan peniaga kecil, pekebun kecil dan pemandu teksi, penghantar makanan, pemandu ehailing dan lain lain dalam kategori B40 dan M40 usia 18 hingga 65 tahun layak memohon untuk pembelian rumah pertama berharga tidak melebihi RM300,000
Gaji RM1,000 walaupun tanpa slip gaji bukan lagi penghalang untuk memiliki rumah.
Inisiatif hebat ini langkah kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menangani desakan rakyat golongan B40 dan M40 yang berhadapan dengan syarat ketat bank perdagangan.
Permohonan boleh dibuat melalui institusi kewangan berikut:
1)Affin bank/Affin islamic
2)Agro bank
3)Alliance bank/Alliance islamic bank
4)Ambank group/Amislamic bank
5)Bank islam
6)BSN
7)Bank Rakyat
8)Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank
9)Maybank/Maybank Islamic
10)Bank Muamalat
Pembiayaan perumahan ini tidak termasuk untuk rumah pembinaan rumah di atas tanah
sendiri.
Pertanyaan lanjut terus hubungi
SJKP 03-2096 5000
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Berita Gembira Gaji Kecil, Tiada Slip Gaji Kini Boleh Beli Rumah " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.