13 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat B40 M40 Bagi Tahun 2022 (Bajet 2022)  

Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Bagi Tahun 2022 (Bajet 2022)

 

 

Dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan beberapa bantuan kerajaan bagi tahun 2022 yang akan memanfaatkan Keluarga Malaysia.

Untuk makluman, Bajet 2022 yang berjumlah RM332.1 bilion menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara. Daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Beberapa bentuk bantuan kerajaan turut disenaraikan bagi tahun 2022 yang akan memberi manfaat buat semua rakyat Malaysia seperti golongan B40, M40, warga belia, warga emas dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan antara senarai bantuan kerajaan bagi tahun 2022.

 

1) Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan bagi tahun 2022 yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Ia tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah adalah berbeza berdasarkan kategori bantuan, pendapatan dan bilangan anak sebagaimana berikut:

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

Bil anak 0 – RM1,000

Bil anak 1-2 – RM1,500

Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

Bil anak 0 – RM1,000

Bil anak 1-2 – RM1,500

Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Warga emas bujang / tiada pasangan dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan mendapat RM600.

Bujang dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan mendapat RM350.

Untuk gambaran yang lebih jelas mengenai, lihat infografik di bawah;

 

Soalan yang sering ditanya adalah adakah saya perlu membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Kerajaan memaklumkan, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari laman portal BKM https://bkm.hasil.gov.my/ untuk info lanjut.

 

2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 

Bagi tahun 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 ringgit sebelum ini. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

 

Pemberian RM150 BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

See also  7 beranak berhimpit tidur dalam kereta 

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Info dan maklumat lanjut, sila layari;

https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

 

3. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN 

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 seperti berikut:

Pertama: Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;

Kedua: Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Ketiga: Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

 

Info lanjut, sila rujuk artikel berikut;

Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN Sehingga 15% Tutup 30 April 2022

 

4. Program Baucar Perlindungan Tenang 

Di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Untuk tahun 2022, inisiatif ini akan diteruskan dengan nilai baucar ditingkatkan kepada RM75. Sebagai tambahan, baucar ini juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

Diharapkan dengan perluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya.

Info lanjut; https://bantuanrakyat.my/baucar-perlindungan-tenang/

5. My Salam 

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Bagi tahun 2022, skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

Info lanjut sila lihat laman portal MySalam sebagaimana berikut;

https://www.mysalam.com.my/

 

6. Inisiatif i-Saraan RM250 Setahun 

Inisiatif i-Saraan dilaksanakan bagi menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk hari persaraan melalui caruman KWSP.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan mencarum sebanyak 15% daripada caruman sukarela yang dibuat oleh pekerja sektor informal, terhad kepada maksimum RM250.

Bagi tahun 2022, Kerajaan akan meluaskan penerima manfaat inisiatif ini untuk turut merangkumi mereka yang berumur antara 55 sehingga 60 tahun. Sejumlah RM30 juta disediakan untuk memanfaatkan lebih 100 ribu peserta sedia ada dan baharu.

Syarat-syarat kelayakan i-Saraan adalah;

Warganegara Malaysia

Berumur 60 tahun ke bawah

See also  KERAJAAN PN bersetuju laksanakan moratorium automatik pinjaman ban B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS) Mikro.

Orang yang bekerja sendiri

Telah membuat pilihan i-Saraan iaitu dengan menghantar borang KWSP 16G(M)

Ahli KWSP

Info lanjut permohonan i-Saraan, sila layari laman portal rasmi KWSP sebagaimana berikut;

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

7. Program Kasih Suri Keluarga Malaysia 

Program ini merupakan perlindungan keselamatan sosial bagi suri rumah melalui caruman KWSP dan PERKESO.

Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan;

“Bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman ke KWSP dan PERKESO, Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka hingga umur 55 tahun.”

“Pada tahun ini, Kerajaan telah meluaskan liputan perlindungan sosial negara di bawah PERKESO untuk turut mencarum bagi pekerja sendiri dan sektor informal.”

“Bagi tahun hadapan, inisiatif ini diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus dan meluaskan manfaatnya kepada 9 kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 810 ribu pekerja sendiri.”

Pelaksanaan program ini adalah melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Info lanjut, sila lihat;

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia Bermula Januari 2022

 

8. Kit Asas Kebersihan Diri 

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara akan mengedarkan secara percuma, kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Di samping itu, kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga akan terus dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak NGO.

9. E-Start RM150 

Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

E-Start akan mengkreditkan RM150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Dengan peruntukan 300 juta ringgit, Kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

10. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusipengajian tinggi.

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira- kira 65 juta ringgit. Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Info dan maklumat lanjut, sila lihat;

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Tablet Untuk Siswa B40

11. Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak 

Aspek keselamatan kanak-kanak adalah penting lebih-lebih lagi ketika kita sedang berada di jalan raya untuk menuju ke suatu destinasi. Bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, Kerajaan akan mensubsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40. Sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga B40.

See also  Kerana 1 Sen, Hutang PTPTN Jadi RM515 Lepas 6 Tahun

Permohonan Subsidi ini akan dimumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malays (Ministry of Transport Malaysia – MOT)

 

 

12. My50 Pas Perjalanan Tanpa Had

Dalam pembentangan Bajet 2022 yang lalu, Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM115 juta sebagai pembayaran subsidi untuk menampung kos yang perlu ditanggung oleh Prasarana dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Pas perjalanan My50 menawarkan perjalanan tanpa had kepada warga negara Malaysia untuk menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana – LRT, MRT, BRT, Monorel dan bas henti-henti Rapid KL serta bas perantara Jom Naik MRT dengan hanya membayar RM50 untuk tempoh penggunaan 30 hari berturut-turut.

 

Kemudahan pas perjalanan My50 turut disediakan di Pulau Pinang untuk penggunaan tanpa had perkhidmatan bas Rapid Penang di bawah label Pas Mutiara.

Pas ini boleh diperolehi Bermula 1 Januari 2022 di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab-hab bas terpilih.

13. Skim Jaminan Kredit Perumahan

Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.

Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM 2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan ini membeli rumah.

Menerusi pembentangan Bajet 2022 yang lalu, Menteri Kewangan memaklumkan;

“Saya mendengar keluhan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pinjaman perumahan.

Ada antara mereka yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman tetapi tiada bukti pendapatan tetap.

Untuk tahun hadapan, bagi membantu kumpulan ini membeli rumah, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga 2 bilion ringgit kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan ini membeli rumah.”

Info lanjut mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, sila layari laman portal berikut;

https://www.sjkp.com.my/

Sumber: https://budget.mof.gov.my/ms/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 13 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat B40 M40 Bagi Tahun 2022 (Bajet 2022)   " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

152131
Users Today : 3738
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24633
Users Last 30 days : 81853
Users This Month : 45856
Users This Year : 152130
Total Users : 152131
Views Today : 5690
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 37355
Views Last 30 days : 125515
Views This Month : 70106
Views This Year : 232496
Total views : 232497
Who's Online : 26
Your IP Address : 3.229.124.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares