Benarkah Bunga Raja dari Gunung Himalaya kembang mekar setiap 400 tahun?
Foto tular disebut Bunga Raja dari Gunung Himalaya yang dikata kan kembang mekar 400 tahun sekali.
Ini bukan pertama kalinya khabar angin mengenai bunga yang hanya mekar setiap 400 tahun di Himalaya telah tersebar di media sosial.
.
Pada tahun 2018, tular gambar bunga yang berbeza tetapi menggunakan kehebatan perkataan “400 tahun”
Foto yang tular kononnya menunjukkan bunga pagoda(raja) sering dikongsi di media sosial bersama dengan kepercayaan bahawa ia hanya mekar sekali setiap 400 tahun di Himalaya.
Gambar ini sebenarnya tanaman yang dikenali Rheum nobile boleh mencapai ketinggian 1 meter.
Walaupun tanaman besar ini berasal dari Himalaya, ia tidak berbunga setiap 400 tahun sekali.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Benarkah Bunga Raja dari Gunung Himalaya kembang mekar setiap 400 tahun? " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.