6 Soalan popular Temuduga Kerja     

Apabila menerima panggilan temuduga tentu sekali ada beberapa persediaan yang difikirkan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Antaranya pakaian, sijil dan dokumen seperti butiran peribadi (CV) berlegar dalam fikiran.

 

Terfikir juga soalan soalan yang bakal ditanya nanti dan sudah pasti jawapannya mesti padu.

 

Rasa gementar semakin kencang apabila semakin hampir dengan tarikh temuduga.

 

Adalah lebih baik dibuat sedikit persediaan terutamanya jawapan kepada soalan-soalan yang menjadi kebiasaan ditanya oleh panel penemuduga.

 

 

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Popular:

1. Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Anda

Jawab dengan tertib dan ringkas seperti memperkenalkan nama, tempat tinggal dan pendidikan.

 

See also  7 Fakta Menarik tentang Kehidupan Sehari-hari

Yang penting ialah tampilkan ketenangan dan tidak gugup.

Keyakinan kepada jawapan menjadi perhatian pertama penemuduga.

 

Tidak perlu cerita meleret senarai sekolah dan kolej kerana semua itu telah dimuatkan dalam CV.

 

 

Elemen yang mencari fokus penemuduga adalah:

a)Pengalaman bekerja,

b) Kesediaan dan azam bekerja

c) Disiplin pertuturan

 

 

2. Kenapa mohon Bekerja Di Sini?

Anda mesti memiliki sedikit sebanyak maklumat tentang jawatan dan syarikat.

 

Jawapan biasa diberikan ialah untuk menimba lebih banyak pengalaman bekerja. Dan ingin menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Jawapan mesti kearah kemajuan syarikat.

 

3. Pengalaman kerja

Cuba kaitkannya dengan jawatan yang dimohon sekarang. Dengan cara ini, para panel dapat menilai pengalaman serta kematangan anda. Ia juga akan membuatkan bakal majikan faham pengalaman yang anda miliki.

See also  Viral@terjun tasik antara kegilaan mempopularkan kebodohan

 

 

Kalau ada sesuatu yang penting dan belum anda kuasai, yakinkan mereka bahawa anda bersedia untuk mempelajarinya.

 

4. Mengapa berhenti dari syarikat sebelum ini.

Jawapan yang ringkas untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam bidang baru.

Ini memberi keyakinan kepada panel sikap diri yang sentiasa inginkan peningkatan.

 

5. Apakah Kelebihan Anda Jika Diberi Jawatan Ini

Soalan ini untuk menguji calon tahap azam untuk bekerja kuat.

Jawap dengan ringkas kerana ingin melakukan yang terbaik memajukan syarikat.

See also  Video@Curi pancing barang pos dalam pagar rumah

 

6. Gaji dipohon

Gaji dipohon mesti dinyatakan dengan jelas. Kebiasaannya penemuduga akan bertanya jikad ditawarkan gaji lebih rendah bagaimana.

Jawab dengan ringkas gaji atas budi bicara syarikat berdasarkan prestasi nanti.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 6 Soalan popular Temuduga Kerja      " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378342
Users Today : 1937
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16481
Users Last 30 days : 61732
Users This Month : 5346
Users This Year : 378341
Total Users : 378342
Views Today : 2663
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24540
Views Last 30 days : 94792
Views This Month : 7828
Views This Year : 582522
Total views : 582523
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares