Kulit oren mengandungi vitamin C 3X lebih dari isinya.

Oren adalah salah satu buah yang paling popular di seluruh dunia.

 

Sayangnya, kulit oren biasanya dibuang seolah-olah sampah tidak berguna.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

.

Oren ialah buah sitrus yang berair dan manis yang terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi.

 

Mungkin kurang diketahui bahawa kulit oren juga kaya dengan beberapa nutrien, termasuk serat, vitamin C, dan bahan aktif antioksidan seperti polifenol.

 

Malah, hanya 1 sudu besar (6 gram) kulit oren membekalkan 14% daripada Nilai Harian (DV) vitamin C — hampir 3 kali lebih banyak daripada isi dalaman. Hidangan yang sama juga mengandungi kira-kira 4 kali lebih serat yang penting untuk metabolisma badan.

See also  Sebiji Epal setiap hari akan menjauhkan diri anda dari doktor

 

Kajian menunjukkan bahawa diet tinggi vitamin C dan serat memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan penghadaman serta boleh melindungi daripada serangan kanser.

 

Kulit oren juga mengandungi sejumlah besar provitamin A, folat, riboflavin, tiamin, vitamin B6, dan kalsium.

 

Selain itu, ia kaya dengan sebatian anti oksidan yang dipanggil polifenol, yang boleh membantu mencegah dan menguruskan banyak keadaan kronik, seperti diabetes jenis 2, obesiti dan penyakit Alzheimer.

 

Satu kajian mendapati bahawa jumlah kandungan polifenol dalam kulit oren adalah jauh lebih tinggi daripada isinya.

See also  Kulit Mangga Tinggi Serat dan mineral untuk jantung dan kawal kolestrol

 

Secara khusus, kulit oren adalah sumber polifenol hesperidin dan polymethoxyflavones (PMFs) yang baik, kedua-duanya sedang dikaji untuk kesan antikanser yang berpotensi.

 

Selain itu, hampir 90% minyak pati dalam kulit oren terdiri daripada limonene, bahan kimia semulajadi yang telah dikaji untuk sifat anti-radang dan antikansernya, termasuk terhadap kanser kulit.

 

RINGKASAN

 

1. Kulit oren kaya dengan serat, vitamin, dan polifenol yang melawan penyakit.

 

2. Ia juga mengandungi limonene, bahan kimia aktif yang berkesan melawan kanser kulit.

 

3 Kulit oren mempunyai rasa yang tidak menyenangkan, pahit dan tekstur kasar yang seeloknya dikunyah halus sebelum ditelan.

See also  BUAH BETIK Penawar dan mencantikkan kulit

4. Juga, ia mungkin mengandungi bahan salut lilin dan semburan racun perosak. Maka ianya perlu direndam dalam air garam selama 30minit sebelum dimakan.

 

 

 

 

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kulit oren mengandungi vitamin C 3X lebih dari isinya. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133189
Users Today : 1584
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20501
Users Last 30 days : 69204
Users This Month : 26914
Users This Year : 133188
Total Users : 133189
Views Today : 2547
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31890
Views Last 30 days : 108232
Views This Month : 41866
Views This Year : 204256
Total views : 204257
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares