Tidak puas hati pembahagian harta pusaka, Anak bunuh & kerat ibu sendiri.

Seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas untuk siasatan satu penemuan 15 potongan anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian pada hari Sabtu. 4/6/2022.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 3.30 petang lalu mengerahkan sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dan Unit Forensik IPK Perak bergegas ke lokasi.

See also  TAWARAN RM2,000.00 KEPADA SAKSI PEMBUNUHAN 3 EKOR KUCING

Pemeriksaan di lokasi menemukan potongan daging yang dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

“Susulan itu, pihak polis memberkas seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Turut dirampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek dalam tindakan berkenaan” katanya.

See also  {Video} Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

Difahamkan, mangsa dan suspek tinggal di rumah tersebut sejak 12 tahun lalu selepas kematian suaminya.

Suspek kini ditahan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

See also  Suspek rogol,liwat dan bunuh kerani direman 7 hari
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tidak puas hati pembahagian harta pusaka, Anak bunuh & kerat ibu sendiri. " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1128
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35541
Views Last 30 days : 121478
Views This Month : 77679
Views This Year : 240069
Total views : 240070
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares