Insiden mengerikan menimpa seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam satu kejadian di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu 4/6/2022.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu sebuah kereta dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.
Berdasarkan maklumat orang awam, kereta mangsa dilihat berada ditepi jalan sejak petang Jumaat 3/6/2022
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan.
“Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.
Beliau berkata, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa.
Muhamad Zaki berkata, hasil temubual dengan ibu mangsa memberitahu wanita berkenaan hamil tujuh bulan.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.
“Susulan itu, seorang buruh berusia 40 tahun ditahan pada Sabtu jam 11.25 malam bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kredit: Sinar Harian
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita Hamil 7 Bulan Maut kesan tembkan Di Perut " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.