Sejarah Tragedi Pulau Bidong Terengganu


Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia yang terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan.

Pada 8 Ogos 1978, Pulau Bidong telah dijadikan sebagai tempat perlindungan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan pertama seramai 121 orang pelarian Vietnam.



Bermula itu sehingga 1991, Pulau Bidong menjadi penempatan pelindungan bagi pelarian bot yang melarikan diri daripada kerajaan komunis Vietnam.
Jumlah keseluruhan pelarian Vietnam yang menginap di Pulau Bidong ialah 252,390 orang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Malaysia bukan anggota Konvensyen Pelarian 1951 untuk melindungi pelarian secara tetap bagi menjamin kedaulatan negara namun mengizinkan mana-mana pelarian untuk transit di Malaysia sementara menunggu penempatan di negara ketiga.

Keputusan menerima pelarian Vietnam menyaksikan kerajaan Terengganu terpaksa mengisytiharkan Pulau Bidong, satu lokasi tidak berpenghuni sebagai pusat penempatan pelarian tersebut.

See also  Menunaikan janji kepada “Awang Bukit Hijau”



Merupakan satu keputusan yang diambil sebagai pilihan kemanusiaan, keputusan itu akhirnya membawa kepada konflik baharu iaitu perjuangan hak oleh penduduk tempatan dan nelayan di sekitar Pulau Bidong yang mahukan kawasan tersebut menjadi kawasan bebas kepada nelayan.

Menjadi lubuk sotong dan kawasan tangkapan ikan Zon B untuk nelayan pukat jerut dan pukat tunda, keputusan kerajaan yang mengisytihar kawasan berkenaan sebagai kawasan keselamatan telah memberikan halangan kepada nelayan untuk menangkap ikan berhampiran Pulau Bidong.

Mana-mana nelayan yang menghampiri akan dihalau Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (VII) kerana dikatakan menceroboh kawasan larangan walaupun ketika itu nelayan hanya mahu berteduh daripada ribut menyebabkan mereka terpaksa meredah laut bergelora untuk berteduh di pulau terdekat iaitu Pulau Cendering.

Menyebabkan kerugian sekitar RM2 juta setahun pada nelayan, pada Februari 1989 kemarahan penduduk tempatan dan nelayan memuncak apabila Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) bercadang untuk menuntut ganti rugi RM36 juta daripada UNHCR atas alasan pendapatan 3,000 orang nelayan terjejas akibat daripada penempatan tersebut

Konflik berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang kemudiannya disusuli dengan memorandum kerajaan negeri yang meminta agar Pulau Bidong tidak dijadikan sebagai penempatan pelarian Vietnam.

pada 16 Disember 1988 yang berakhir pada 30 November 1991 selepas kerajaan mengumumkan Pulau Bidong ditutup daripada menjadi pusat penempatan sementara.

Upacara penyerahan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba kepada Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad membawa kepada pembebasan Pulau Bidong daripada ‘dijajah’ rakyat asing .

Walaupun kerajaan Malaysia telah membenarkan pelarian Vietnam ini menetap selama lebih 12 tahun, mereka melancarkan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an membantah keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan kesemua pelarian ke negara ketiga.

Enggan melalui proses saringan penempatan ke negara ke 3, Seramai 16,000 daripada 252,390 pelarian telah melancarkan tunjuk perasaan selama seminggu sehingga membabitkan kecederaan.

Demonstrasi itu kemudiannya berakhir dengan aman selepas beberapa sesi perundingan dan kesemua penghuni Pulau Bidong ditempatkan di kem sementara Sungai Besi.

See also  Siri keperitan Tanah Melayu- Pembantaian BatangKali 1948
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sejarah Tragedi Pulau Bidong Terengganu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Pada 11 Ogos 1876 236 tahun yang lalu, British dengan rasminya menakluk Pulau Pinang.

Our Visitor

377966
Users Today : 1561
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16105
Users Last 30 days : 61356
Users This Month : 4970
Users This Year : 377965
Total Users : 377966
Views Today : 2093
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23970
Views Last 30 days : 94222
Views This Month : 7258
Views This Year : 581952
Total views : 581953
Who's Online : 11
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares