Lokasi yang dimaksudkan adalah simpang ke Felcra Nasaruddin dari jalan utama Ipoh Lumut. Untuk makluman anda, lampu isyarat gantung ini adalah yang pertama seumpamanya di negara kita yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat.

Lampu isyarat tergantung di persimpangan felcra Nasaruddin ini telah dibina pada tahun 2013.
Sebelum ini, tiada lampu isyarat diletakkan di persimpangan tersebut kerana jalan tersebut hanyalah 2 laluan yang tidak sebesar sekarang.
Setelah jalan 4 laluan dibina, barulah lampu isyarat gantung tersebut dibina kerana ianya amat diperlukan untuk memudahkan pengguna jalan raya keluar masuk dari jalan Ipoh Lumut dan ke Felcra Nasaruddin.
Sehingga ke hari ini sejak ia digantungkan, tidak pernah ada kes ia jatuh ditiup angin. Ia masih kekal utuh tergantung di persimpangan tersebut sejak 2013 lagi.
Dari segi keselamatan, kabel yang digunakan untuk menampung lampu isyarat gantung ini dikatakan berupaya untuk menampung berat mencecah 50 tan dan agak sukar bergoyang.
Kos pemasangan lampu isyarat gantung itu adalah dalam sekitar RM178,000 berbanding dengan kos lampu isyarat biasa RM400,000 dan lampu isyarat ini lebih mesra pengguna berbanding dengan sistem lampu isyarat yang bertiang.
Teknologi ini sudah meluas diguna di Eropah dan Amerika Syarikat sebagai cara menjimatkan kos peralatan dan pemasaran.



Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Teknologi AS Lampu Isyarat Gantung Pertama Malaysia di Perak " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.