[VIDEO]Pemandu nekad pecut lori sedang terbakar untuk selamatkan stesen minyak dari terbakar

Seorang Pemandu Pakistan nekad memecut lori tangki minyak sedang terbakar demi selamatkan stesen pam dan nyawa orang awam
09 Jun 2022

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Faisal nekad bertindak demi selamatkan nyawa dan harta orang awam


Tindakan nekad seorang pemandu lori tangki minyak di bandar Quetta, Pakistan telah menyelamatkan nyawa ratusan orang dalam satu kejadian pada hari Rabu 8/6/2022.



Seolah olah ianya bagaikan adegan lakonan filem apabila pemandu berkenaan dikenali bernama Faisal Baloch nekad mempertaruhkan nyawanya dan memecut laju lori tangki yang sedang marak dijilat api, sarat dengan muatan lebih 44,000 liter bahan api, dari stesen pam petrol ke tempat yang lebih selamat.



“Saya fikir lori tangki minyak itu akan meletup dan saya akan mati,” kata Faisal ketika video dia memandu lori tangkinya yang terbakar melalui jalan yang sibuk tular di media sosial.



Dalam video di media sosial, Faisal mengimbau detik ngeri itu berkata: “Apabila saya melihat api, saya bergegas untuk memandu laju tanpa walaupun berhadapan dengan ancaman api yang marak membakar.”

Melihat keadaan cemas berkenaan, sebaik sahaja lori berkenaan diberhentikan, orang ramai meluru dengan alat pemadam api dan api berjaya berjaya dipadamkan.

Pengguna media sosial tidak putus-putus memuji pemandu tangki minyak itu atas tindakan berjaya menyelamatkan keadaan dari perkara tidak diingini.

Seorang pengguna berkata, “Saya tabik dengan lelaki ini! Dia sudah pasti menyelamatkan banyak nyawa hari ini! Dia adalah Pahlawan, Semoga Allah memberkatinya!

See also  Semangat Budak Kampung lawan pelumba pro dikagumi
Video tukar menunjuk Faisal sedang memecut lori tangki berkenaan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO]Pemandu nekad pecut lori sedang terbakar untuk selamatkan stesen minyak dari terbakar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  'Tiada apa nak disembunyi, kami tak buat salah'

Our Visitor

376437
Users Today : 32
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16537
Users Last 30 days : 61926
Users This Month : 3441
Users This Year : 376436
Total Users : 376437
Views Today : 38
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24927
Views Last 30 days : 95556
Views This Month : 5203
Views This Year : 579897
Total views : 579898
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares