Akibat Kontraktor Unifi buat kerja tidak profesional inilah jadinya


Kabel Fiber optik memang bagus tetapi teknik pemasangan profesional memainkan peranan amat penting demi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Kerosakan tempat yang sama akan berulang dalam tempoh 4-5 bulan.


Usaha pihak TM melantik kontraktor pemasangan UNIFI merupakan langkah terpuji kerana selain dari mengurangkan beban kerja ianya dilihat satu langkah yang berupaya membuka peluang pekerjaan baru.

Namun seringkali kontraktor yang menjalankan kerja yang diamanahkan bertindak tidak profesional.

Satu contoh ialah pemasangan kabel fiber optik.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penyambungan tidak profesional sering menyebabkan kabel putus


Penggunaan kabel tembaga berbanding kabel optik untuk capaian internet memang ada perbezaan besar dari segi kelajuan.

Kabel telefon tembaga kelajuan hanya mampu mengangkut data maksima 10mbps sahaja, namun dengan fiber optik kelajuan data ditingkatkan kepada maksima 1000mbps.

Rungutan pelanggan unifi yang menggunakan fiber optik didapati kebanyakanya berkaitan kelemahan cara penyambungan akhir fiber optik sebelum ke set modem Unifi.

Pemasangan oleh pihak kontraktor yang tidak mengikut spesifikasi sebenar menjadi puncanya.

See also  Video@Tahi dadah potong kabel Telefon tak peduli apa nak jadi

Kerosakan tempat yang sama akan berulang dalam tempoh 4-5 bulan.

Sepatutnya kabel penyambungan mesti menggunakan kotak khas. Selain dari nampak kemas, ianya menjamin penyambungan kukuh tidak mudah putus.

Penyambungan profesional menjamin perkhidmatan berkualiti tinggi


Apa yang berlaku, pemasangan tidak profesional menyebabkan pelanggan sering terkesan dengan gangguan perkhidmatan.

Setiap kali pihak teknikal membuat baik pulih, pemilik akaun terdedah kepada klausa caj perkhidmatan tambahan seperti caj teknikal RM53.00 dan sebagainya.

See also  Jurutera Cipta Aplikasi Khas MeowTalk Untuk Terjemahkan Bunyi Meow Kucing

Caj perkhidmatan begini tidak wajar dikenakan kerana beberapa sebab seperti berikut:

1. Pemasangan tidak profesional menyebabkan sering berlaku gangguan perkhidmatan. Setiap kali kerosakan sambungan , dikategorikan sebagai kesalahan pelanggan. Ini tidak adil sama sekali.

See also  Ibu Luah Rasa Terharu Pihak Xiaomi Malaysia Beri Bantuan Telefon Pintar Untuk Anak



2. Pelanggan telah membayar langganan bulanan untuk perkhidmatan. Apalagi tidak cukup hingga mencari peluang untuk mengenakan caj tambahan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Akibat Kontraktor Unifi buat kerja tidak profesional inilah jadinya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Leave a Comment

0Shares