Rungutan pemilik Proton X70 dibiar tersadai kepanasan matahari 200 hari

Kisah kali ini berkaitan keperitan Seorang pemilik Proton X70 terpaksa menunggu tempoh berbulan-bulan kenderaan ya tersadai akibat masalah alat ganti.

Lebih mengecewakan apabila mendapati Proton X70 yang dihantar untuk baikpulih dijemur panas matahari 200 hari di halaman belakang Proton EON Glenmarie.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kereta berkenaan telah dihantar ke Proton EON pada 23 Nov 2021 untuk dibaiki ekoran dari satu kemalangan.

Pihak insurans telah meluluskan tuntutannya pada 6 Dis 2021.

Amat menyedihkan apabila kerja pembaikan tertangguh ekoran ketiadaan stok pengilang sembilan alat ganti.

See also  4 perkara Penting Penjagaan Tayar Kereta  

Pihak EON menjelaskan pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu ketibaan 9 alat ganti berkenaan dari kilang.



Setelah lama menunggu, ekoran beberapa desakan akhirnya mendapat pengesahan daripada Proton pada 18 Mei bahawa baki alat ganti akan dihantar kepada EON Glenmarie selewat-lewatnya atau sebelum 31 Mei.

Pada masa yang sama, beliau turut ditawarkan baucar e-perkhidmatan bernilai RM300 iaitu boleh ditebus di semua cawangan sah Proton di seluruh negara.

“Saya sangat teruja dan gembira mendengar berita berkenaan namun menolak baucar RM300 kerana dianggap tidak berpatutan dibandingkan dengan kos masa panjang untuk menyiapkan kerja baikpulih. ,” kata de Silva yang berang.

See also  Malaysia akan mula guna kereta elektrik untuk kenderaan kerajaan, perolehan bermula 2023 – Menteri



Walaubagaimanapun sehingga 10 jun 2022, pihak EON masih belum dapat mengesahkan tarikh penerimaan alat ganti terakhir.

Jesteru pemilik X70 berkenaan mengambil keputusan melihat sendiri keadaan keretanya EON Glenmarie.

Alangkah terkejut mendapati kereta X70 yang baru dibeli itu dibiarkan tersadai di parkir yang tidak berbumbung selama lebih kurang 200 hari gara gara masalah alat ganti

See also  TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rungutan pemilik Proton X70 dibiar tersadai kepanasan matahari 200 hari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367299
Users Today : 2211
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11931
Users Last 30 days : 64278
Users This Month : 56317
Users This Year : 367298
Total Users : 367299
Views Today : 3298
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18194
Views Last 30 days : 99335
Views This Month : 87136
Views This Year : 566202
Total views : 566203
Who's Online : 16
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares