
Pesakit gout seharusnya mengetahui untuk merawat penyakit ini mesti melalui 2 kaedah:
1) Mengelakkan dari mengambil makanan berpurin tinggi. Purin ialah bahan penting untuk DNA manusia. Ianya wujud dalam semua makanan didarat dan dilaut serta diudara.
2) Mengambil banyak makanan fiber jenis tak larut air supaya asid urik yang gagal dikeluarkan menggunakan buah pinggang akan dapat diserap melalui usus untuk dikeluarkan sebagai najis.
Barli organik amat sesuai untuk dimakan oleh pesakit gout.
Barli memang terkenal sebagai bijirin berkhasiat kaya dengan
1) Magnesium
2) Kalsium
3) fiber
4) Anti oksidan
5) kuprum
6) vitamin B1
7)kromium,
8) fosforus
9)Niasin
10)molibdenum
11) selenium.
Bahan galian diatas amat membantu memulihkan masaalah kesihatan usus dan seterusnya memperbaiki penyerapan asid urik berlebihan untuk dibuang keluar dari badan.
Masalah mengeluarkan asid urik berlebihan memang cabaran besar terutama kalangan pesakit gout keturunan.
Barli organik atau ‘hulled‘ adalah lebih tinggi nutrisi berbanding jenis siap proses (pearl barley). Dapatkan ‘barli hulled’ untuk mendapatkan kesan perubatan merawat usus pulih dari pelbagai keradangan.
Usus yang sihat akan melancarkan proses penyaktoksid asid urik dari badan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Bagaimana bijirin Barli membantu menurunkan asid urik dalam darah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.