Mutakhir ini peningkatan kes gangguan mental mendatangkan tandatanya punca terjadinya sedemikian.

Kaitan yang kuat hasil kajian neurosaintifik mendapati usus memiliki pengaruh besar keatas kesihatan mental.
Perasaan gelisah, tertekan, gembira, santai rupanya dihasilkan oleh usus melalui pengeluaran bahan kimia yang dikenali sebagai hormon.
Terdapat sekitar 100 juta neoron di dalam usus yang bertindak sebagai sistem logik semulajadi mengawal pengeluaran hormon hormon mengikut keada pada makanan dalam usus.
Hormon secara amnya ialah ejen penghantar isyarat arahan dan maklumat ke sel sel badan termasuk otak utama untuk melaksanakan fungsi fungsi tertentu.
Usus bertanggungjawab penghasilan 95% hormon serotonin untuk fungsi kawalan mood seperti gembira dan ketenangan.
Fakta mengejutkan terdapat hidupan mikrob dalam usus dan dianggarkan jumlahnya mencecah 100,000 kali ganda dari bilangan manusia dibumi.
Apakah fungsi mikrob atau probiotik dalam usus?
Probiotik dalam usus merupakan mesin pengumpulan maklumat badan yang sentiasa dihantar ke otak utama. Hidupan ini memiliki hubungan langsung antara sel sel dan sistem pertahanan badan.
Banyak kes neurologi, seperti penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, skizofrenia, kemurungan dan gangguan spektrum autisme dikaitkan dengan kesihatan usus.
Apabila fungsi probiotik menjadi lemah, maka terbentuk keradangan dalam usus yang menyebabkan gangguan kepada isyarat elektrik ke otak. Inilah yang berlaku keatas pesakit Alzheimer, Parkinson, sawan, autisma dan sebagainya.
Mikrob yang mendiami usus seperti Lactobaccilus rhamnosus ialah contoh probiotik bertanggungjawab menghantar isyarat kepada neuron untuk melepaskan Hormon yang menggalakkan ketenangan.
Rujukan
Heather Gerrie, BSc, calon MSc (Neurosains) di Makmal MacVicar .
3,514 total views, 3 views today
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Usus ialah Otak kedua mempengaruhi kesihatan otak utama " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.