SEBAIK bangun daripada tidur dan kelihatan ada tanda-tanda lebam, timbul pelbagai tanggapan termasuk digigit oleh jin.
Bagaimana ini terjadi walaupun tanpa sebarang trauma kecerderaan atau rasa sakit.

Menurut Pakar Kardiologi, Dr Choor Chee Ken, lebam kerap berlaku pada bahagian kaki dan tangan.
Lebam yang muncul selepas tidur berkait dengan seseorang mempunyai saluran darah lebih tipis dan rapuh.
Kebiasaannya kesan lebam ini lebih kerap berlaku keatas wanita disebabkan fisiologi salur darah wanita lebih nipis berbanding lelaki.
Ianya tidak merbahaya dan pulih dalam beberapa hari.
Ada kes lebam kerana kesan ubat tertentu seperti aspirin dan beberapa ubat steroid.
Lebam pada kulit juga isyarat kepada penyakit leukemia dan penyakit hati.
Kes lebam yang lama dan tidak sembuh mungkin ada kaitan dengan penyakit hati atau kanser darah.
Elak rawatan kaedah alternatif seperti bekam, akupuntur atau urutan kerana boleh memburukkan lagi keadaan.
Jika lebam akibat dari kecerderaan, kaedah terbaik adalah terapi sejuk iaitu dengan meletakkan pek ais pada kawasan tercedera dan kemudian berehat daripada melakukan aktiviti boleh menjejaskan proses pemulihan anggota berkenaan.
5,194 total views, 3 views today
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kesan lebam selepas bangkit tidur bukan gigitan jin " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.