Membunuh binatang dengan cara meletakkan racun dalam makanan merupakan tindakan kejam zalim.

Gambar ehsan https://www.facebook.com/theiskandarkhan
Tugas manusia ialah menjaga alam sekitar termasuk binatang juga sebagaimana arahan Allah azzawajalla di dalam surah ar-Ruum ayat ke 41 yang mafhumnya “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia ( melakukan kejahatan keatas alam sekitar) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Kita sekarang kerap dilanda masalah hujan jumlah tinggi dari jangkaan menyebabkan berlakunya kepala air dan banjir kilat.
Kemusnahan kehilangan nyawa dan kerugian berjuta-juta ringgit terpapar didada akhbar akibat bencana alam seperti air hujan dan ribut contohnya tidak diambil pengajaran sewajarnya.
Isyarat dari bencana ialah mesti rujuk kepada kerosakan alam sekitar termasuk kezaliman keatas binatang seperti kucing dan anjing. Alam sekitar bukan hanya penebangan pokok semata tetapi merangkumi semua bentuk kehidupan.

Kerancakan manusia membunuh atau mencederakan kucing dan anjing sesuatu yang amat membimbangkan. Kerana keadaan ini akan pasti mengundang bencana besar melanda sebagai hukuman peringatan.
2,754 total views, 9 views today
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO]Kes kucing diracun di kawasan perumahan Taman Ceupac Cheras. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.