Orang moden lebih terdedah kepada pelbagai penyakit metabolik diabetes, gerd, migrain dan lain-lain kerana kekurangan mineral.

Sebut sahaja garam ramai yang rasa fobia bimbang menyebabkan darah tinggi.

Sedangkan Garam Buluh mengandungi mineral penting untuk sistem pertahanan badan malah penting untuk merawat darah tinggi.

Apakah garam buluh?

Seorang dokto Korea bernama Kim Il hoon (1909~1992, gambar di bawah) telah menemui kaedah menghasilkan garam buluh.

Kim l-Il-hoon mendapati bahawa garam buluh memiliki nutrisi untuk kesihatan manusia.
Pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama, seperti penyakit gusi, bronkitis, gastritis, kencing manis, darah tinggi, kanser dirawat menggunakan garam buluh.

Garam berfungsi sebagai pengangkut untuk menyampaikan nutrien kepada sel kita.

Apabila kita berpeluh atau mengalami cirit-birit, garam berfungsi memulihkan ketidakseimbangan cecair badan kita.

Secara umumnya, badan kita mengalami pelbagai masalah kesihatan jika garam( Bukan garam Table Salt) tidak mencukupi.

Tidak seperti garam lain, garam buluh mengandungi mineral semulajadi yang kaya seperti K, P, Ca, Mg, Si, Fe, Cu, Ba, V, Mn, Zn, Ge, Mo, Se, Pt, S, Sr, B, Li.

Mineral dalam garam buluh seperti Potassium, kalsium, fosforus, membantu menggalakkan perkumuhan lebihan Natrium(Na) dan membantu menstabilkan cecair dalam badan kita.

Walaupun anda makan garam buluh tiga atau empat kali lebih banyak daripada garam biasa, anda tidak berasa dahaga, kerana bahan berbahaya dalam garam telah dihapuskan. Garam buluh tidak menjejaskan tekanan darah kerana ia tidak menyebabkan seseorang itu menyimpan air.

Secara umumnya, garam buluh adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah tekanan darah tinggi.
Pengambilan garam buluh setiap hari membantu lapisan saluran darah mengekalkan fleksibeliti. Fleksibeliti salur darah penting mengawal tekanan darah.

Apakah kebaikan garam buluh?

1. Daripada menggunakan ubat gigi kimia, pertimbangkan untuk menggunakan ubat gigi garam buluh sebagai sebahagian daripada kebersihan harian anda.

Ubat gigi garam buluh mengandungi mineral yang terbukti dapat menjaga sensitiviti gigi yang menyakitkan dan penyakit gusi.

Anda juga boleh menggunakan garam buluh sebagai pes gigi. Letakkan sedikit garam buluh pada berus gigi anda semasa anda menggosok gigi. Anda boleh menggunakan ini untuk mengurut gusi anda dengan lembut.

Selepas tiga hari, anda akan merasakan bahawa sensitiviti gigi anda akan menjadi lebih baik.

2. Secubit garam Buluh untuk membantu menyembuhkan sakit tekak atau juga batuk kahak.
Menelan garam buluh di dalam mulut anda membantu merembeskan air liur.

Dengan memakan sedikit garam buluh sekerap 20-50 kali sehari membantu menyembuhkan dan melegakan masalah sakit tekak dan batuk.

Selain daripada ini, garam buluh juga boleh membantu dalam penghadaman makanan.

Air liur kita yang dicampur dengan garam buluh juga boleh membantu kita memperoleh saluran pencernaan yang lebih cekap.

3. Garam buluh dikenali sebagai cara yang berkesan untuk merawat gastrik dan masalah perut yang lain.

Walau bagaimanapun, orang yang menghidap penyakit yang disebutkan di atas mungkin mengalami kesan sampingan garam buluh seperti loya dan letih.

Ini disebabkan oleh fakta krisis penyembuhan berlaku yang memburukkan gejala sementara kerana saluran penghadaman sedang melalui proses penyembuhan sendiri dan menyingkirkan toksin di dalam perut.

Loya bermakna perut anda memerlukan dos garam buluh yang lebih tinggi sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan.
Kesan yang tidak diingini ini hanya bertahan selama 2-3 hari.
Sifat alkali yang terdapat dalam garam buluh membantu meredakan sebarang keradangan perut kerana alkali membantu meneutralkan cecair berasid.

4. Badan kita memerlukan pelbagai mineral untuk terus hidup. Kita boleh mendapatkan nutrien penting ini daripada makanan yang kita makan setiap hari.

Orang moden lebih terdedah kepada pelbagai penyakit metabolik kerana kekurangan mineral. Garam buluh ialah makanan tambahan organik yang diketahui kaya dengan pelbagai mineral yang penting seperti magnesium untuk keperluan harian kita.

Selain itu, garam buluh juga merupakan antioksidan kuat yang membantu pembaharuan sel dan pada masa yang sama, menghapuskan bahan berbahaya yang menyebabkan penuaan badan.

5. Garam buluh mempunyai potensi pengurangan pengoksidaan (ORP) yang kuat.
Garam buluh menghapuskan radikal bebas oksigen yang diketahui 90% berkaitan dengan penyakit moden.


Eksperimen kesan pengoksidaan garam buluh, garam suria, dan garqm putih biasa

Tiga sampel dibuat dengan melarutkan 20g garam buluh, garam suria, dan garam biasa dalam 200ml air dengan kira-kira 10% kepekatan.

Ketiga-tiga larutan Paku dibiar selama 3 hari.

Didapati paku didalam larutan garam buluh tidak berkarat atau tahan dari pengaruh oksidan berbanding garam lain.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Garam buluh penting untuk badan berbeza dari garam biasa " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By

0Shares