Petir merupakan fenomena alam yang boleh berlaku samada semasa hujan atau hari terang.


Secara sainsnya kejadian petir ialah akibat ketumpatan cas elektron tinggi diudara sehingga ketahap mampu memecahkan penebatan udara.

Sifat petir ialah menuju kebumi untuk mencapai kestabilan.
Dengan sebab itu petir kadang melalui pokok, melalui peralatan Elektrik dirumah dan ada ketika lalui badan haiwan dan manusia untuk menuju kebumi.



Kematian dan kemusnahan harta benda akibat petir sering terjadi apabila berlaku serangan petir.

Petir membawa Arus elektrik sangat tinggi boleh membakar apa sahaja yang berada dalam laluannya.

Sebagai langkah keselamatan untuk menangani masalah petir beberapa panduan disenaraikan seperti berikut.


1) Rumah teres atau rumah kedai kebiasaannya tidak dilengkapi sistem pembumian petir. Langkah memasang penangkap petir di atas bumbung dan hubungkan ke elektrod bumi akan dapat mengurangkan risiko panahan petir.

2) Elak berada dibawah pokok atau dibawah hentian bas tepi jalan. Lokasi ini merupakan sasaran petir terutama semasa hujan.

3) Penggunaan pengalir tembaga berbanding aluminium hendaklah diutamakan.
Kebanyakan rumah hanya menggunakan pengalir petir aluminium. Logam ini tidak secekap tembaga yang telah dikenalpasti memiliki rintangan lebih rendah dari aluminium.



Harus diingat bahawa petir akan memilih laluan paling mudah iaitu paling rendah rintangan. Maka konsep rekabentuk Penangkap petir ialah menyediakan laluan paling mudah( berintangan rendah)

Dengan sebab itu pengalir tembaga lebih cekap dan sesuai walaupun kosnya lebih tinggi berbanding aluminium.

Pemasangan penangkap petir diatas bumbung
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Memahami Sains Petir Penting untuk keselamatan harta dan nyawa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares