Keradangan ialah punca kepada penyakit samada hasil tindakan virus atau makanan yang tidak sesuai.



Langkah #1: pilih makanan tanpa gula pasir dan gula dalam karbohidrat untuk mengatasi keradangan.
Keradangan ialah komponen ilmu sains. Maka melawan keradangan mesti berasaskan ilmu sains juga.


Langkah #2: Melakukan senaman ringan 2-3 kali seminggu dapat menguatkan badan. Elak aktiviti agresif seperti berlari kerana dibimbangi meningkatkan keradangan.

Langkah #3: Kawal berat badan supaya tidak obes. Obes juga menyebabkan keradangan meningkatkan dalam badan.
Berhenti mengambil gula dan lemak trans. Walaubagaimanapun lemak lembu, kambing dan dari minyak kelapa digalakkan.



Langkah #4: Dapatkan tidur yang cukup . Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja melemahkan badan dan produktiviti anda, ia juga meningkatkan keradangan—yang amat berbahaya kepada kesihatan jantung.
Elakkan menggunakan telefon dalam gelap membantu meningkatkan kualiti tidur


Langkah #5: Berhenti merokok. Bahan Nikotin dan Tar dalam asap rokok menyebabkan salur darah luka. Keadaan ini Meningkatkan kolesterol untuk membaiki luka berkenaan.
Lama kelamaan kolesterol akan menyebabkan salur darah sempit.

Langkah #6: Mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi untuk mendapatkan vitamin D3K2 yang sangat penting untuk melawan keradangan badan. Aktiviti dibawah cahaya matahari untuk tempoh 1 jam 2-3 kali seminggu sudah mencukupi.

Langkah #7: Mengatasi tekanan kronik. Tekanan kronik boleh mencetuskan keradangan dan menyebabkan masalah seperti rheumatoid arthritis, penyakit kardiovaskular, kemurungan dan penyakit radang usus.

Keradangan kronik dikenalpasti menjadi punca kepada kanser, penyakit jantung, diabetes, demensia , auto immune, anxiety, ekzima, Parkinson dan lain
-lain.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 7 langkah asas mengekalkan kesihatan melalui anti keradangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares