BERSEDIH adalah respon normal selepas kehilangan insan tersayang. Merasai rasa sedih bermula dengan ;

1. Menerima realiti kehilangan/ kematian.

Ia bukan mimpi dan anda tidak boleh berfikir seolah olah tiada apa yang berlaku. Ya, pada permulaan pasti ada rasa marah dan penafian. Ia juga satu yang normal.

2. Alami Kesedihan itu

Alami dan rasai kesedihan itu. Anda berhak untuk sedih dan berkongsi kesedihan. Menangis, menulis di buku, kongsikan di media sosial adalah respon normal. Memendamkan kesedihan dengan berlagak seperti tiada ada berlaku lebih menyakitkan anda.

3. Adaptasi kehidupan

Kehidupan tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ambil masa untuk adaptasi kehidupan tanpa insan tersayang. Beri diri anda ruang untuk menyesuaikan diri. Ia tidak mudah, tapi perlahan lahan anda boleh.

4. Mulakan kehidupan baru

Walaupun sebahagian dari “diri anda” telah pergi, jasadnya mungkin telah tiada namun kenangan dan memori bersama tetap abadi . Ingatla

h masa dan memori yang ditinggalkan sebagai hadiah yang tidak ternilai.

Bertahun hidup bersamanya adalah anugerah. Berbanding menfokuskan kepada apa yang telah anda hilang, fikirkan apa yang telah anda terima dari insan tersayang.

Ia kekuatan anda untuk teruskan hidup baru dengan memori dan ingatan sepanjang hayat ❤️

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sedih diatas sesuatu kehilangan adalah respon kepada ketahanan berhadapan ujian " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares