Mengamuk merupakan hidangan harian untuk para ibubapa anak autisma.

Memberontak baling barang, mengigit diri dan orang lain antara cabaran yang dihadapi oleh ibubapa yang memiliki anak autisma.

Dari pengalaman penulis yang juga bapa kepada anak autisma 28 tahun, tindakbalas anak autisma sedemikian itu berpunca dari masalah anxiety yang tidak dirawat.

Anxiety ialah sindrom huru-hara dalam sistem hormon badan berpunca dari kerosakan sel sel usus akibat pengambilan makanan toksid mengandungi gula, gluten, makan segera, dan semua bahan makanan diproses.

Diet yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat diperlukan untuk memulihkan anxiety.
Hentikan semua makanan berasaskan gula putih, makanan segera, gandum dan segala sos dipasaran.

Sarapan pagi mulakan dengan buah-buahan manis seperti tembikai, mangga dan pisang.

Tengahari pula set makanan seeloknya dimasak sendiri.

Hidangan petang biasanya berbentuk goreng goreng diganti dengan buah buahan atau ubi manis.

Amalkan diet sihat untuk anak autisma dan kebiasaannya kesan anxiety akan reda dalam tempoh 3-5 hari.

Elakkan minum semua bentuk jus buah-buahan kerana kandu gula sangat tinggi serta tidak ada Fiber

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Cara rawat anak autisma mengamuk " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By

0Shares