Pengguna LRT yang semakin meningkat menuntut pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat tampil memberi cadangan konkrit.

Jangan hanya berdiam diri tanpa sebarang penyelesaian berkaitan isu tren LRT yang penuh sesak dan kesukaran warga lembah Klang untuk mendapatkan tren dalam tempoh segera untuk ketempat kerja masing-masing.

Pakar-pakar juga wajar tampil memberi cadangan bernas bukan sekadar menjuarai sembang tidak membina di media.

Isu yang sudah berlarutan sekian lama seolah tidak diambil peduli sedangkan keluhan demi keluhan bertebaran di media sosial.

Amat menyedihkan jika sekadar memekak telinga seolah olah tiada apa masalah yang perlu diatasi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Berhimpit sesak dalam LRT hampir tiada kesudahannya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares