Gesaan PM supaya segera tangani isu tangga gaji pekerja diamalkan oleh majikan Malaysia.



Umum mengetahui tangga gaji pekerja swasta khususnya sangat tidak berpatutan.

Lulusan kejuruteraan masih lagi ditawarkan gaji sekitar RM1,000 ke RM1,500.00 sejak 80an hingga sekarang.

Fikir logik pekerja bidang profesional ini menghabiskan tempoh 3-4 tahun menuntut ilmu kejuruteraan di Universiti.
Setelah tamat pengajian sudah tentu mereka ingin mencari pendapatan untuk kehidupan dan membantu ibubapa yang selama ini berbelanja puluhan ribu untuk pendidikan anak-anak.

Mereka bukan orang lain, rakyat Malaysia iaitu keluarga Malaysia juga. Namun majikan seolah berpakat menawarkan gaji yang sangat menyedihkan.

Mengaut keuntungan dengan memerah keringat rakyat sendiri gajinya ciput merupakan amalan sebilangan besar majikan sejak tahun 80an lagi hingga sekarang.



Gesaan Perdana Menteri supaya keadaan senget ini diperbetulkan segera untuk mengelak krisis lebih besar keatas ekonomi jangka panjang wajar dipandang serius.

Kesannya sudah dirasai apabila 72.1 % lepasan SPM enggan menyambung pelajaran atas pelbagai sebab. Secara umumnya ini berpunca dari sistem gaji zalim yang diamalkan oleh majikan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " PM desak Tangga gaji zalim diperbetulkan segera " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares