Tumpat Kelantan- Kisah benar‼️Seorang ayah tua gigih mengayuh beca bergilir dengan anak lelaki. Isteri yang ditimpa kecerderaan akibat kemalangan hanya mampu duduk tetap setia bersama sama keluar mencari rezeki untuk keluarga.



Anak perempuan pula membantu menolak beca disisi manakala Anak lelaki dewasa mengerah tenaga menarik beca menggunakan tali.

Pekerjaan keluarga ini menyara hidup dengan mengumpul barangan terpakai yang boleh dijual di pusat kitar semula.



Mereka gigih berjalan berkilometer sehari dibawah panas terik matahari.

Air muka keceriaan jelas kelihatan menyembunyikan segala keperitan.

Dalam temubual dengan Ustaz Ebiet Liew , sang ayah menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah rumah sebagai tempat berlindung yang lebih sempurna.

Ketika ini mereka menginap disebuah rumah atas ihsan tuan tanah.

Sumber Facebook

1. https://fb.watch/eAPP6rtRb4/

2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02qnqh8b38nC2miHGDq2SRHShxcMEyT8JQVr5XRNYe6r2BSXoqBzxJTYJ6jwNu1HhJl&id=100001505802456

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Kehidupan mesti diteruskan walaupun dengan kepayahan dan penderitaan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares