Ramai bercakap tentang masalah mati pucuk dan menawarkan pelbagai kaedah memulihkannya.

Walaubagaimanapun tidak banyak perbincangan mengapa berlaku masalah mati pucuk.

Artikel ini membahaskan punca kepada masalah mati pucuk yang tidak ramai ambil kisah.

Untuk ereksi atau ketegangan zakar berlaku ianya mesti bermula rangsangan keinginan kepada hubungan kelamin.

Proses keinginan ini digalakkan oleh tindakbalas hormon seks lelaki, juga dikenali sebagai libido.

Otak kemudian menghantar isyarat elektrik ke laluan saraf pada zakar.

Isyarat saraf ini mengendurkan otot arteri untuk membolehkan lebih banyak darah dihantar ke zakar.

Kelonggaran otot ini membawa kepada pembengkakan dan zakar akan menegang.

Selepas mencapai orgasma, tekanan darah dikembalikan ke tahap normal dan zakar kembali ke keadaan lembut (lembik).

Gangguan kecil dari persekitaran juga menyebabkan penurunan bekalan darah, gangguan mekanisme saraf dan seterusnya membentuk masalah ketegangan atau ereksi.

Antara punca utama mati pucuk ialah tekanan darah tinggi.

Hipertensi menjejaskan ereksi sama ada dengan perubahan yang ditimbulkannya pada saluran darah, atau oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk rawatan hipertensi.

Hipertensi menyebabkan arteri kehilangan keanjalannya, dan oleh itu mereka tidak dapat menampung aliran darah cepat yang diperlukan untuk ereksi.

Hipertensi boleh menjejaskan urat, membolehkan darah yang mengalir ke dalam zakar keluar dengan cepat.

Kesan hipertensi melemahkan fungsi ereksi dari semasa ke semasa sehingga zakar hilang fungsi ereksi sepenuhnya.

Merawat hipertensi secara alami
Amalan Pemakanan berkhasiat dan menghentikan penyebab hipertensi merupakan kaedah berkesan untuk merawat hipertensi.

Gula putih, makanan proses hendaklah dihentikan serta-merta

Diet harian mestilah mengandungi sayuran hijau seperti bayam, kobis, kangkung, selasih, taugeh,buah buahan berwarna-warni seperti tomato, papaya dan tembikai.
Berikut ialah pemakanan yang bagus untuk memulihkan tekqna darah dan seterusnya mengembalikan fungsi ketegangan zakar.

1. Ubi Bit
Bit mengandungi nitrat yang tinggi, bahan yang membekalkan gas nitrik oksida di dalam salur darah.
Badan anda secara semula jadi menghasilkan nitrik oksida, yang penting untuk menjadikan saluran darah fleksibel. Nitrik oksida melembutkan dan melebarkan arteri anda, membolehkan lebih banyak darah mengalir melalui dan menurunkan tekanan darah.

Walaupun bit adalah salah satu sumber nitrat terbaik, anda juga boleh meningkatkan nitrik oksida anda dengan mengambil bayam, saderi dan lobak.

2. Oat
Oat padat dengan dua nutrien yang mengurangkan tekanan darah: serat larut dan magnesium. Magnesium membantu saluran darah berehat, manakala serat larut melindungi saluran darah anda dari keradangan. Keradangan meningkatkan tekanan darah.

Gula darah tinggi membawa kepada hipertensi kerana gula berlebihan menghalang pengeluaran nitrik oksida.

3. Sayur-sayuran berdaun gelap
Sayuran berdaun seperti bayam, Sawi, kangkung, daun ubi bit membekalkan magnesium, serta kalium, nutrien penting untuk mencegah atau menurunkan tekanan darah tinggi.

Potassium menghilangkan natrium, mineral yang secara mendadak meningkatkan tekanan darah anda.
Secara amnya pengambilan terlalu banyak natrium ( garam putih) dan terlalu sedikit kalium dalam diet harian menjadi punca menyebabkan darah tinggi.

Lebih banyak kalium yang anda makan akan menurunkan lebih banyak natrium dalam darah. Selain sayur-sayuran berdaun, anda boleh mendapatkan kalium daripada pisang, kentang, tomato, kacang dan bijirin

4. Kacang
Tidak kira apa jenis kacang yang anda suka, ia akan membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Kacang adalah sumber kalium, magnesium, dan serat larut yang hebat. Pastikan kacang yang organik tanpa sebarang campuran garam dan perasa.

5. Buah Limau
Limau memiliki Vitamin C yang tinggi. Vitamin C sebenarnya antioksidan kuat sangat berguna untuk memastikan kesihatan salur darah dan mengawal keradangan dalam salur darah.

Keradangan yang rendah membantu mengurangkan tekanan.

Secawan air limau tanpa tambahan gula mencukupi untuk keperluan seharian Vitamin C bagi orang dewasa.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Darah Tinggi menyebabkan mati pucuk " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By

0Shares