Radiasi Gelombang 5G menjadi kegusaran ramai kesan kepada kesihatan

Perlaksanaan rangkaian mudah alih baharu (5G) telah kesekian kalinya mencetuskan kebimbangan tentang ancaman radiasi terhadap kesihatan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Malangnya tiada kebimbangan awam apa data mendapati hampir 5 juta di Malaysia sedang mengidap diabetes dengan kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk merawat sudah mencecah RM4 billion setahun.

Masyarakat juga tidak gusar terkena diabetes, kanser akibat mengambil gula putih dalam diet harian.

Fobia radiasi bukanlah cerita baharu. Ianya dicetuskan sejak perlaksanaan 2G era 90-an, 3G pada tahun 2000, dan 4G pada tahun 2010.

Kali ini ia agak merimaskan berbanding sebelum ini, terutamanya disebabkan oleh kewujudan rangkaian sosial, yang seronok menyebarkan “berita sensasi” untuk menimbulkan membimbangkan orang ramai.

Menara telefon bimbit menjadi sasaran kerana disebarkan kefahaman kesan radiasi gelombang telefon bimbit adalah sama dengan gelombang radiasi bom nuklear dan sinar-X.

Tiada tindakan pantas menjawab isu ini dari pihak berautoriti menyebabkan sidang warung kopi dengan pakar kopi secawan berhujah begitu meyakinkan walaupun hujah tiada fakta fizik gelombang.

See also  [Video] Gunung Berapi tertinggi dalam Sistem Planet

Setiap kali menara untuk rangkaian selular dibina atau dirancang untuk dibina di bandar atau berhampiran penempatan luar bandar, akan muncul sembang mengenai isu kesihatan radiasi telefon bimbit atau rangkaian.

Tambahan pula sifat gelombang rangkaian 5G memerlukan lebih banyak menara pemancar dibina berdekatan untuk mencapai kelajuan dan penetrasi optimal.

Sudah tiba masanya meletakkan batu sempadan antara mitos dan realiti fakta.

Gelombang 5G juga adalah keluarga gelombang elektromagnetik yang kuasanya berkurangan dengan jarak dari sumber pemancar.

Untuk memahami mekanisme kuasa radiasi dan hubungan dengan jarak, berikut ialah Formula Okumura-Hatadi mana r ialah jarak dari punca ke titik ukuran dan L ialah jumlah kehilangan laluan (path loss) dalam meter.

Formula ini menjelaskan satu rumusan penting iaitu kuasa menyusut dengan jarak gandaan 4.

See also  7 kaedah jana pendapatan dengan Tapak WordPress

Formula ini dirumuskan oleh saintis Jepun Okumura dan Hata, secara umumnya kuasa radiasi antena antara 250mW (dinyatakan sebagai 24 dBm) untuk menara Kecil dan 120W untuk MIMO 5G (iaitu 50 dBm).

Antena 2G, 3G atau 4G biasa mengeluarkan kuasa radiasi sekitar 20W (43 dBm).Pada jarak 10 m dari antena pemancar , jumlah kehilangan laluan( path loss) 7.3+37.6=44.9dB.

Kuasa penghantaran yang tiba pada jarak 10 meter ialah 24dBm – 45dB = -21dBm, yang sepadan dengan kira-kira 8 µW. (µW ialah bahagian 1 per sejuta Watt).

Bermaksud pada jarak 10 meter , jumlah kuasa adalah 8 µW iaitu 8 juta kali rendah dari 1Watt.

Sebagai bandingan dengan mentol lampu 60W radiasi cahaya serta haba yang dipancarkan pada jarak 10 meter adalah sejuta kali lebih tinggi dari kuasa radiasi gelombang telefon.

Kesimpulannya untuk mengatakan gelombang radiasi dari pemancar telefon bimbit mendatangkan kemudaratan adalah tidak berasas kerana kekuatan radiasi sangat rendah.

See also  Peragut terima balasan terhumban dalam longkang

Keperluan bilangan pemancar yang banyak khususnya 5G berbanding dengan 4G/3G/2G kerana jarak gelombang frekuensi 5G lebih pendek dan gelombang ini bergerak pada kelajuan Frekuensi tinggi membawa data, ini memerlukan lebih banyak pemancar dibina berdekatan untuk memastikan kelajuan data minima 100Mbps dapat dicapai.

Jika pemancar 5G dibina berjauhan, kehilangan kelajuan akibat gangguan persekitaran akan merencat kecepatan penghantaran data.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Radiasi Gelombang 5G menjadi kegusaran ramai kesan kepada kesihatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

250095
Users Today : 805
Users Yesterday : 2170
Users Last 7 days : 21475
Users Last 30 days : 59423
Users This Month : 805
Users This Year : 250094
Total Users : 250095
Views Today : 1505
Views Yesterday : 3411
Views Last 7 days : 33601
Views Last 30 days : 94766
Views This Month : 1505
Views This Year : 386981
Total views : 386982
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.223.3.251
Server Time : 2022-10-01
0Shares