INI CERITA Unsung Hero, Tarihing Masanim, orang Sabah wanita pertama di Malaysia menjadi “Solar Mama”.

Walaupun kita berduka dengan pemergiannya, namun dia telah meninggalkan satu legasi, semangat untuk membangunkan diri dan masyarakat walaupun semuanya serba kekurangan.

Tarihing, wira tidak didendang dari Kampung Sonsogon Magandai, sebuah kampung pedalaman di Kota Marudu yang amat sukar dimasuki oleh kenderaan berikutan jalan perhubungan yang masih teruk.

Pada tahun 2014, siapa sangka pengorbanan Tarihing Masanim, 47, mengambil keputusan berani mengambil kursus teknologi solar di Kolej Barefoot India.

Kepulangannya ke Sabah iaitu kampung halamannya sendiri ternyata membawa sinar baru buat seluruh kampungnya.

Sehingga ke hari ini, hasil usaha dan pengorbanan wanita tabah itu, 100 buah rumah di kampung berkenaan tidak lagi bergantung kepada lampu gasolin setiap kali tenggelamnya matahari.“Saya sanggup korbankan apa yang saya ada, saya tinggalkan anak-anak, keluarga dan juga kampung, bukan untuk apa, tapi untuk kampung ini juga.“Kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu pergi,” katanya

Berbekalkan semangat dan kecekalan yang ada, Tarihing tetap tekad untuk ke India bagi memastikan kampungnya tidak perlu lagi bergelap, anak-anak tidak perlu menggunakan gasolin untuk belajar.“Saya sudah merasa keperitan untuk hidup di waktu malam hanya dengan lampu gasolin.

Jadi saya rasa inilah masanya untuk saya ubah.“Saya cekalkan juga hati, isikan sedikit dengan keberanian.

Dan hari ini, seluruh kampung sudah ada panel solar, dan tidak lagi perlu bergelap waktu malam.“Kalau dulu, kasihan..budak-budak mahu belajar tidak ada lampu,” katanya dengan penuh penghayatan bagi menggambarkan situasi kampung tersebut suatu ketika dahulu.

“Solar Mama” Tarihing Masanim.(Beliau telah meninggal dunia pada ahad baru-baru ini, 7 Ogos 2022 di Kg Sonsogon, Magandai, Kota Marudu dikelilingi oleh keluarga tercinta)

sumber Sabah Info

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Solar Mama besar jasa kepada warga Kampung Sonsogon Magandai " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares