Kerajaan Malaysia menyatakan bahawa ia akan mula beralih menggunakan kenderaan elektrik penuh (EV) untuk flit kenderaannya bermula 2023. Perkara ini telah didedahkan oleh menteri alam sekitar dan air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Bermula tahun hadapan, semua perolehan kenderaan kerajaan akan melibatkan kereta elektrik,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan dalam satu majlis semalam.

Beliau turut mendedahkan rancangan kerajaan untuk menjadikan beberapa lokasi seperti Langkawi dan Putrajaya sebagai titik permulaan bagi memacu elektrifikasi terus ke hadapan. “Contohnya, di Langkawi, kita boleh memberikan 100 motosikal elektrik kepada penduduk untuk ditukar dengan motosikal lama mereka atau meningkat taraf kenderaan mereka. Tujaan kami adalah untuk menggunakan pulau peranginan sedemikian sebagai projek perintis,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa perincian lebih lanjut masih lagi belum dimuktamadkan. “Perinciannya masih belum dimuktamadkan lagi kerana masih belum banyak EV (dalam pasaran tempatan), jadi kosnya adalah agak tinggi, tetapi lebih banyak ia digunakan, kosnya akan menjadi lebih rendah,” katanya.

  • Via Paul Tan BM
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Malaysia akan mula guna kereta elektrik untuk kenderaan kerajaan, perolehan bermula 2023 – Menteri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares