Asalnya dipanggil Pulau Ka-Satu, P. Pinang adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Kedah.

Pada kurun ke-18, Kedah berdepan ancaman daripada Siam & Burma, keadaan yang dilihat British sebagai peluang untuk bertapak di Tanah Melayu.Lantas Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) mengarahkan Francis Light menjalin hubungan dengan Kedah.

Dijanjikan bantuan ketenteraan & Sultan Muhammad Jiwa menawarkan P.Pinang kepada Light selepas beliau membantu mematahkan pemberontakan Bugis.

Sekitar 1770-an, Light menulis kepada pihak atasannya tentang tawaran itu & menjelaskan P.Pinang boleh menjadi pangkalan strategik British di Kepulauan Melayu untuk mengimbangi pengaruh kuasa Belanda & Perancis.

Namun tiada apa yang berlaku hinggalah 1786.Tanpa kelulusan daripada SHTI, Light berunding dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah (yang menggantikan Sultan Muhammad Jiwa) untuk memberikan Kedah perlindungan ketenteraan & 6,000 dolar Sepanyol bagi melangsaikan hutang dengan Siam.

Termeterai perjanjian, lalu Light bersama angkatannya mendarat di P.Pinang pada 17 Julai 1786.

Bendera Union Jack dinaikkan dalam satu upacara rasmi pada 11 Ogos itu di Padang Kota Lama, menandakan permulaan penjajahan British di Tanah Melayu.P.Pinang diberi nama baharu – “Prince of Wales Island” – sempena ulang tahun kelahiran pewaris takhta British, George IV pada 12 Ogos & penempatan baharu yang ditubuhkan diberi nama Georgetown sebagai penghormatan kepada Raja George III.

Namun, Light memungkiri janjinya apabila tiada bantuan tiba tatkala Kedah berdepan dengan serangan Siam.

Maka pada 1791, Sultan Kedah menghimpunkan bala tenteranya di Seberang Perai untuk mengambil semula P.Pinang. Malangnya, baginda gagal.

Sumber: Arkib Negara Malaysia,

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pada 11 Ogos 1876 236 tahun yang lalu, British dengan rasminya menakluk Pulau Pinang. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares