Satu kejadian pagi 7/8/2022 ketika berlangsungnya kuliah Subuh di sebuah surau di Ampang Campuran , seorang lelaki tempatan terus menuju ke arah penceramah lalu menarik mikrofon dan menjerit menyatakan kuliah itu terlalu bising hingga mengganggunya.

Kes seumpama ini pernah terjadi dibeberapa lokasi lain, namun kebanyakan masjid sering menganggap ianya isu remeh semata.

Pihak jabatan agama negeri juga kerapkali memberi nasihat kepada pengurusan masjid atau surau mengambil perhatian tentang peri pentingnya pembesar suara diguna dengan tertib.



Antaranya penggunaan pembesar hon hendaklah untuk laungan azan sahaja dan kekuatannya tidak melebihi 100 decibel untuk meminimumkan kesan gangguan kepada masyarakat disekitar.

Peraturan decibel ini sewajarnya dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Akibat penggunaan aset teknologi secara melampau seorang lelaki serbu kuliah Subuh " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares