Perbuatan baling botol minuman oleh penonton perlawanan bolasepak tempatan sering berlaku apabila kecewa pasukan yang disokong tersungkur tewas di gelanggang sendiri.

Tular rakaman yang memperlihatkan pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri menyampaikan pesanan serta nasihat yang mendalam berkaitan kemiskinan.


Ketika aksi Liga Super antara pasukan JDT dan Sabah tempoh hari, Fernando Forestieri berjaya menjaringkan gol kemenangan buat JDT pada minit-minit akhir permainan.


Ketika itu, ada dalam kalangan penyokong Sabah yang bertindak luar kawalan membaling botol dan makanan ke atas padang sejurus para pemain JDT meraikan jaringan.

Forestieri yang cakna akan situasi itu terus bertindak pantas mengutip semula makanan tersebut dan meninggalkan satu pesanan di hadapan kamera.


“Dengan makanan, jangan buat main kerana diluar sana, ramai manusia yang tak ada makanan untuk dimakan,” tegas Forestieri.



Sinonim dengan sosok yang sentiasa menghargai individu sekeliling tidak kiralah barisan pemain mahupun para staff, Forestieri kali ini telah menzahirkan satu sikap positif yang wajar dicontohi oleh setiap individu.

Sikap berperikemanusian dan rasa hormat yang tinggi terhadap makanan merupakan antara nilai baik yang ingin disampaikan Forestieri.


Pemain kelahiran Argentina ini kini sedang mendahului senarai penjaring terbanyak bagi kempen Piala FA dengan 6 jaringan sementara berjaya mencatat 18 gol dalam saingan Liga Super 2022.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Aksi Fernando Forestieri kutip Botol minum dan nasihat menggoncang sanubari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares