Hidup dibawah pemerintahan kuasa asing untuk tempoh hampir 500 tahun tentu sekali padat dengan pelbagai cerita derita dan pastinya tiada kebebasan yang boleh dibanggakan.

Sistem kehidupan dikawal rapi oleh penakluk tidak memungkinkan rakyat mendapat nikmat dari limpahan hasil mahsul tanah sendiri.
Hasil tanah air dirompak diangkut keluar oleh kuasa penakluk Portugis, Belanda, British dan Jepun tanpa menghiraukan keperitan rakyat hidup serba kekurangan.

Begitu juga pertikaian dengan pengaruh komunis dan tekanan negara Indonesia yang membantah penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan bersama Tanah Melayu menjadi sejarah besar perjuangan generasi terdahulu.
Perit jerih dengan segala pengorbanan darah dan airmata maka akhirnya pada 31 Ogos 1957, disaksikan oleh 20,000 rakyat di Stadium Merdeka, bebaslah bumi ini dari cengkaman pelbagai kuasa dunia dan berdiri sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari Tanah Melayu meliputi Pulau Pinang dan Melaka.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kemerdekaan satu anugerah untuk generasi hari ini " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.