Wanita warga Emas seret anak angkat diberkas


12 Ogos 2022

KUALA LANGAT – Perbuatan wanita mengheret anak angkatnya berusia 10 tahun atas jalan bagi menghukum kerana kanak-kanak itu didakwa kerap mencuri duitnya membawa padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan



Suspek yang berusia dalam lingkungan 60-an diberkas selepas 12 jam video tular dimedia sosial lebih kurang pada pukul 12.10 tengah malam di rumahnya di Tanjung Sepat.

Polis menerima laporan berhubung video tular tersebut semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari sekolah dan masih memakai pakaian seragam.

See also  4 kereta mewah berlumba Pandu lawan arus



Katanya, mangsa merupakan anak angkat suspek yang berdaftar dengan JKM dan tinggal bersamanya sejak kecil lagi.

Punca suspek naik berang disebabkan mangsa beberapa kali mencuri wang suspek.

Hukuman sedemikian supaya anak angkatnya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan kecederaan ringan di kepala.

Didapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Wanita warga emas itu tidak direman atas faktor umur dan mempunyai penyakit darah tinggi.
Mangsa pula diserahkan kepada penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Sumber -KOSMO!ONLINE

See also  Video Aksi Remaja bertindak Kejam campak kucing dalam lombong
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita warga Emas seret anak angkat diberkas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Video@Punca tarik kereta cetus pergaduhan 7 ditahan

Our Visitor

250119
Users Today : 829
Users Yesterday : 2170
Users Last 7 days : 21499
Users Last 30 days : 59447
Users This Month : 829
Users This Year : 250118
Total Users : 250119
Views Today : 1549
Views Yesterday : 3411
Views Last 7 days : 33645
Views Last 30 days : 94810
Views This Month : 1549
Views This Year : 387025
Total views : 387026
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.223.3.251
Server Time : 2022-10-01
0Shares