Kedudukan lokasi tersembunyi 15km dari jalan utama, sangat strategik dan sukar dikesan oleh penguatkuasa.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang JPNP dan PDRM telah berjaya menemui satu lokasi kawasan seluas dua hektar terbabit dari Jalan Pos Betau-Cameron Highlands.
Aktiviti perlombongan ini dikendalikan oleh profesional atau berkemahiran tinggi berdasarkan kewujudan makmal memproses emas, generator, pam air serta sistem kolam yang sistematik.
Hasil risikan mendapati 20 pekerja dari China terbabit dalam pengendalian operasi ditapak perlombongan berkenaan.

Tiada tangkapan kerana kesemua pekerja telah berjaya melarikan diri sebaik mengesan pergerakan pihak berkuasa menuju ke lokasi berkenaan.


Penguatkuasa perlu lebih aktif dijalankan terutama dikawasan Jelai dan Batu Yon dalam negeri Pahang.
Pembinaan begitu banyak rumah burung walit sebenarnya menimbulkan banyak tanda tanya kerana ada maklumat tersebar ini adalah taktik pelombong haram berselindung dari dikesan oleh penguatkuasa.
Kerja sebenar adalah melombong emas dikawasan berkenaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Pelombong emas haram di hutan simpan Ulu Jelai terbongkar " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.