Penyediaan kawasan khas untuk haiwan terbiar adalah satu inisiatif yang telah lama diimpikan untuk memastikan kebajikan makhluk ini yang sebahagian dari alam sekitar dapat dibela sebaik mungkin.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengenalpasti 3 lokasi untuk diwartakan sebagai pusat perlindungan haiwan terbiar di Daerah Klang.
Antara kawasan yang dikenal pasti terletak di Jalan Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan dua di Taman Perindustrian Kapar Bestari, serta berkeluasan antara 1.61 hingga 3.2 hektar.
Timbalan Yang Dipertua MPK, Elya Marini Darmin dilaporkan berkata cadangan pusat berkenaan bakal disiapkan akhir tahun 2023.
Pihak berkepakaran seperti Badan Bukan Kerajaan BBK , orang awam dan agensi dipelawa untuk sama sama membantu menjayakan inisiatif ini.
Adalah diharapkan lebih banyak pihak kerajaan tempatan khususnya tampil dengan inisiatif sebegini demi kelastarian alam sekitar yang teratur lagi terjamin untuk semua makhluk.
Sumber Harian Metro
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Langkah bijak MPK sedia Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.