Riuh sana sini mendesak dibubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 15.



Samada dari kalangan ahli politik, peniaga dan rakyat awam masing masing merintih memikirkan pelbagai bebanan kehidupan yang semakin meningkat.



Paling menarik perhatian ramai ialah masalah harga makanan gerai dan penggodam ( scammer).

Gambar hiasan


Setiap hari tular masalah harga nasi campur dan air minuman yang terlalu membebankan walaupun harga bahan mentah seperti ayam dan minyak masak serta bahanapi dikawal ketat oleh kerajaan.


Namun peniaga makanan terutama di warung haram tepi jalan mengambil kesempatan menjual dengan harga sembelih.

Penguatkuasaan yang tidak mencukupi menjadi punca peniaga tidak gentar meneruskan jualan dengan harga melampau lebih mahal dari restoran.

Wang lesap akibat ‘scammer’ terpapar di media hampir setiap hari.

Isu scammer



Orang ramai menjadi mangsa rakus dengan kes ‘scammer’ meningkatkan saban hari.

Nilai kerugian melibatkan jumlah ratus juta ringgit menuntut jentera kerajaan yang efektif untuk menangani masalah yang semakin serius ini.

Keberkesanan kerja risikan dan tindakan penguatkuasaan menjadi tandatanya seolah olah tidak langsung digeruni.

Begitu juga pengukuhan nilai Ringgit serta kemasukan pelaburan langsung asing yang merupakan nadi utama pembangunan negara akan dapat dirancakkan lagi jika PRU dapat dilaksanakan.

Keyakinan pelabur merupakan antara faktor utama kebangkitan ekonomi sesebuah negara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Wajarkah PRU15 dipercepatkan supaya kerajaan baru yang lebih efisien dapat dibentuk " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares