Wartawan dan masyarakat umpama aur dengan tebing. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.


Namun beberapa tahun kebelakangan ini diperhatikan
wartawan lebih gemar memutar belit kenyataan ( menipu) untuk tujuan meningkatkan sensasi dikalangan pembaca.



Mungkin kerana pembaca semasa menyukai berita sensasi atau disebabkan pengaruh pihak berkepentingan menyebabkan kualiti penulisan penuh dengan unsur provokasi persepsi dan sensasi.

Jika dinilai dari sudut kualiti maklumat begitu jelas laporan yang di paparkan seolah-olah sampah sahaja tidak berkesan untuk menyampaikan mesej malah jauh sekali untuk membimbing pembaca kearah kematangan berfikir.

Kebiasaannya para peguam misalnya sangat mesra dengan wartawan. Namun akibat tiada lagi kejujuran dalam melaporkan berita, peguam sudah hilang kepercayaan kepada integriti kewartawanan masakini.

Wartawan: Macam mana keadaan DSN?

TS Shafee: No..no…no….Saya tak akan berkata apa-apa kerana anda (media) akan putar belit kenyataan kami. Kenyataan mahkamah pun kamu belit.

Wartawan: Macam mana keadaan DSN Tan Sri?

Wartawan: Kamu pergi siasat sendiri.


Apa perlunya memberi maklumat berita kepada wartawan sebegini kerana akhirnya berita yang dilaporkan amat berbeza dan ada ketika tidak disiarkan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penulisan wartawan di media sangat mendukacitakan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares