Pemerhatian mutakhir beberapa peristiwa besar perjalanan perbicaraan mahkamah memberikan kesimpulan yang merungsingkan.

Ada kes Si A dan B dituduh melakukan jenayah. Kemudian Si A diambil sebagai saksi pendakwa. Hasil nya pertuduhan keatas A digugurkan sepenuhnya.
Tinggallah Si B terkontang kanting melalui proses perundangan yang memeningkan.

Dalam satu kes tertuduh G didakwa salah guna kuasa. Salah guna kuasa mesti memenuhi 3 syarat iaitu
1. Tertuduh mesti memiliki kuasa
2. Tertuduh diamanahkan menjaga harta yang berkenaan
3. Tertuduh ada kecenderungan melakukan kejahatan keatas harta berkenaan.

Tertuduh G mengemukakan pembelaan dengan mengemukakan 3 perkara
1. Tidak mengetahui sumber asal harta berkenaan.

2. Pegawai yang diamanahkan untuk mengendalikan harta berkenaan telah menipu beliau supaya mempercayai bahawa tiada ada masalah semuanya.

3. Beliau mempercayai apa yang dikatakan oleh pegawai yang berkenaan

Mahkamah memerlukan tertuduh menampilkan saksi berkenaan iaitu pegawai yang diamanahkan menjalankan tugas bagi pihak tertuduh.

Malangnya tertuduh tidak dapat mengemukakan saksi kerana saksi melarikan diri bersembunyi tidak dapat dikesan.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman keatas tertuduh G kerana gagal meyakinkan pihak hakim akibat ketiadaan saksi.
Dalam hal ini ramai berpendapat mahkamah boleh sahaja mengeluarkan waran tangkap keatas saksi.

Jiks saksi melarikan diri keluar negara, pihak berwajib boleh mengesan dan menahannya menggunakan bantuan pihak Polis Antarabangsa.

Namun ianya tidak berlaku sedemikian.
Situasi ini menunjukkan telah berlaku kepincangan keadilan yang sepatutnya mahkamah membantu pihak tertuduh mendapatkan saksi berkenaan.

Sama sama sembang mencerna pemikiran.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sembang kosong Undang undang sivil terdedah kepada manipulasi.Benarkah begitu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares