Gelombang media sosial benar-benar mencetuskan fenomena kegilaan luar biasa bukan sahaja golongan muda bahkan golongan dewasa dan warga emas juga.
Telefon sentiasa ditangan bersedia merakamkan apa jua aksi termasuk aksi diri sendiri.



Rakaman akan ditularkan dipel bagai platform seperti Tiktok dan Instagram. Namun platform TikTok semakin mendapat sambutan hangat kerana boleh memberi pulangan pendapatan kepada pemilik akaun.

Jumlah pendapatan bergantung kepada jumlah LIKE VIEW . Fungsi Share pula untuk meningkatkan jumlah View.



Kandungan Video yang menunjukkan aksi gedik mempamerkan bentuk tubuh kepada khalayak ramai antara yang mendapat sambutan.

Video bermenafaat seperti bidang kemahiran, memberi panduan amat berkurangan dan jumlah View amat rendah.

Dengan alasan ini kita melihat kandungan video hanya bertumpu kepada hiburan santai semata.

Bidang penulisan artikel paling sedikit. Kualiti penyampaian jauh dari memuaskan. Kebanyakkan artikel berkenaan cerita tahayul, masakan dan politik. Bidang pendidikan agama amat berkurangan sekali.

Tulisan karangan berjela panjang bukan teknik yang baik untuk penyampaian kepada pembaca.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Trend kegilaan membuat video SAMPAH tidak membantu menjana pendapatan stabil jangka panjang. " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares