Riuh pikuk segenap pelusuk negara sejak 2018 bersembang berkaitan hutang syarikat 1MDB dan SRC International.

Sebabnya orang awam suka sembang kencang, urusan sektor perniagaan dipukal dalam urusan kerajaan. Naratif bodoh sebegini menjadi umpan bagi pihak berniat jahat.

Perlu difahami bahawa kementerian kewangan terbahagi kepada 2 sektor iaitu kerajaan dan Perniagaan (istilah diperbadankan).

1MDB seperti syarikat lain berkaitan kerajaan berada dibawah sektor perniagaan yang tidak berkaitan dengan sektor kerajaan.

Pelbagai reaksi rakyat yang sudah fobia dengan timbunan hutang negara telah menjadi begitu hangat.

Sebahagian mengatakan hutang 1MDB dan SRC dibayar menggunakan wang rakyat.

Manakala sebahagian lagi mengatakan sebaliknya.

Sebabnya orang awam suka sembang kencang, urusan sektor perniagaan dipukal dalam urusan kerajaan. Naratif bodoh sebegini menjadi umpan bagi pihak berniat jahat.

Pada 2 Mac 2022 dalam satu sidang di dewan rakyat, Ahli Parlimen Pekan yang juga menteri Keewangan semasa tercetusnya isu berkenaan tampil meleraikan kekusutan berkenaan perkara ini.

Datuk Seri Najib dalam perbahasannya di Dewan Rakyat menjelaskan hutang 1MDB itu tidak dibayar menggunakan dana awam tetapi daripada wang 1MDB yang dikembalikan oleh beberapa entiti seperti Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.


Mengulas lanjut, Najib berkata, wang Goldman Sachs adalah milik syarikat pelaburan itu dan bukannya wang rakyat

Jawapan yang ringkas ini mudah difahami oleh rakyat kebanyakkan.

Dewan Rakyat juga dimaklumkan hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan Suria Synergy Energy Recources Sdn Bhd (SSER) tidak meningkatkan jumlah hutang kerajaan secara langsung.

Demikian jawapan dari Menteri Keewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

Beliau berkata 1MDB, SRC dan SSER adalah entiti yang menerima jaminan kerajaan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 atau Seksyen 14 Akta Tatacara Kewangan.

Tujuan jaminan untuk membolehkan syarikat berkenaan mendapat pinjaman dari institusi kewangan dalam dan luar negara.

Hutang kerajaan kini berjumlah RM1.045 trilion atau 63.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebagaimana kita maklum perbahasan di Dewan Rakyat mestilah berasaskan fakta yang sahih sahaja.

Dewan Rakyat akan mengenakan hukuman termasuk mendakwa di mahkamah jika didapati terdapat fakta fakta palsu dijadikan bahan perbahasan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hutang 1MDB dan SRC terpaksa ditanggung oleh rakyat? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares