Trafik di Jalan Damansara pada pagi Jumaat 27/8/2022 terperangkap dalam kesesakan hampir satu jam ekoran sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.


Akibat kerosakan kereta kebal jenis PT-91M atau lebih dikenali sebagai “Pendekar” itu, lorong tengah di susur Carcosa menghala ke KL Sentral terhalang.


Perkara itu dimaklumkan menerusi pusat Info Trafik Kuala Lumpur dalam ciapan di Twitter jam 10.29 pagi tadi.
Kelihatan beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan dilakukan.

Kereta kebal Pendekar itu dalam perjalanan untuk raptai hari kemerdekaan berjaya ditunda oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Kereta kebal buatan Poland seberat 45.9 tan itu merupakan antara aset milik Kor Armor Diraja, Tentera Darat yang terbabit dalam lintas hormat sambutan Hari Kemerdekaan 2022.

Pihak berkenaan diharapkan menjadikan kejadian ini satu iktibar untuk memastikan aset berkenaan siapsiaga untuk hari kemerdekaan nanti.

Sukar dibayangkan buatnya dalam perbarisan lintas hormat nanti tiba tiba jentera berkenaan meragam dihadapan puluhan ribu orang , pasti nya akan memalu kan kerajaan juga.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kereta kebal ATM rosak punca jalan sesak, ‘belum perang dah rosak’- Netizen " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares