Seorang pemimpin mesti memiliki visi jelas dan mesti elak dari kelihatan lesu seolah olah tidak bermaya melaksanakan polisi pentadbiran.

Paling hina apabila pemimpin dilihat seolah-olah seumpama lembu dicucuk hidung dan boleh diheret merata tempat.

Melaksanakan agenda bagi setiap Pemimpin ialah tindakan realistik .

Elakkan berlakon idealistik kerana ianya satu kepalsuan atau hipokrasi dalam kepimpinan.

Sebagai Contoh apabila bila PH berkuasa, semua ketua Ketua Kampong di tukar. Ahli Majlis perbandaran dirompak sepenuhnya diganti baru. Pengarah hospital pun ditukar.

Bila BN berkuasa, memang wajar diganti lain. Mana boleh dikekalkan.

Bila DAP berkuasa di Pulau Pinang, semua Pengerusi masjid dan surau kena tukar. Tidak ada siapa mempertikaikannya.

Maka sudah tentu pemerintah baru sewajarnya bertindak merombak institusi Ketua Hakim dan Peguam Negara demi kelangsungan polisi-polisi baru yang bakal dilaksanakan.

Keberkesanan dua Institusi utama negara ini menjadi ukuran kecekapan polisi pemerintah.

Tetapi jika mereka kekal, itu memang hodoh lagi bodoh.


Idealis tidak praktikal dalam semua keadaan dan boleh dilaksanakan mengikut keperluan khusus.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemimpin Berlakon idealistik ialah hipokrasi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares