Rentetan dari keputusan 6 hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 sebulat suara menolak rayuan terakhir Perdana Menteri ke-6 dari sabitan kes SRC International, pelbagai pihak dari pemimpin politik, pengamal undang-undang, asatizah hingga kepada kalangan kaki membawang berpusu-pusu memberi ulasan masing-masing melalui pelbagai platform.



Sebagaimana biasa Platform meja warung kopi dan media sosial merupakan tumpuan paling meriah saban hari bertali arus dihujani komen pendapat masing-masing.

Namun antara yang mencuri tumpuan ialah ulasan teknikal dari seorang pengamal undang-undang berpengalaman Datuk Zaid Ibrahim dari Firma guaman Zaid Ibrahim & Co.

Secara ringkasnya Hakim dan Peguam Negara merupakan penentu kepada kesuburan sistem keadilan.

Berdasarkan ulasan Datuk Zaid Ibrahim yang juga mantan Menteri Undang-undang dapat dirumuskan seperti berikut:

Apa yang berlaku rentetan kes SRC International ialah amalan pendakwaan terpilih atau ‘double standard’ berbanding kes lain.

1. Permohonan menggunakan khidmat Queen Council UK ditolak atas alasan tidak tahu berbahasa Melayu. Sedangkan dalam kes Tun Salleh Abas dan Haris Saleh khidmat Queen Council dibenarkan walaupun tidak tahu berbahasa Melayu.

2. Dalam kes Anwar Ibrahim dibenarkan penangguhan hingga 76 kali. Sedangkan Najib Razak mengemukakan sekali permohonan penangguhan kerana pelantikan peguam baru memerlukan masa untuk menilai dokumen rayuan bukan 10 helai A4 tetapi berjumlah 222 jilid yang setiap jilid setebal 3-4 inci.


Hakim menolak permohonan penangguhan dengan alasan taktik melengahkan perbicaraan.

3. Dalam kes 14 gengster Nicky Underworld dibebaskan begitu sahaja dari oleh peguam negara dengan hanya satu surat representasi. Siasatan polis yang telah dibuat secara intensif dengan segala bukti yang meyakinkan akhirnya di tong sampah begitu sahaja oleh peguam negara tanpa dibawa ke mahkamah.

4. Dalam kes Anak Vincent Tan tuduhan berat dadah telah diringankan kepada denda sahaja tanpa perlu dibawa kemahkamah.

5. Begitu juga kes melibatkan syarikat serba dinamik yang dituduh mengemukakan dokumen palsu kepada suruhanjaya sekuriti akhirnya dibebaskan dengan denda sahaja.

6. Juga terselit peranan berita angin rupanya bukan sekadar mempengaruhi tindakbalas masyarakat awam bahkan mampu memberi impak besar kepada sistem keadilan sesebuah negara.


7. Hukuman dikenakan berdasarkan khabar angin tanpa saksi yang berkaitan merupakan kaedah baru yang akan menjadi rujukan penghakiman masa hadapan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pening memikirkan Sistem keadilan baru " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares