Menjelang acara besar Perbarisan Tabik Hormat Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia beberapa hari sahaja lagi, raptai sedang giat dijalankan.

Seperti biasa fokus utama ialah aset pertahanan negara. Pada 26/8/2022 aset Kereta Kebal Pendekar tersadai hampir satu jam ditengah laluan utama akibat kerosakan.

Pada 27/8/2022 sebuah lori treler pengangkut kereta kebal pula menerima nasib yang sama di Jalan Parlimen Kuala Lumpur.

Kali ini agak bernasib baik kerana treler berkenaan berada di laluan paling kiri yang dapat mengelakkan dari berlakunya kesesakan lalu lintas.



Kerosakan aset ini memberi petanda tidak baik. Samada kerana penyelenggaraan tidak dilakukan atau kerana sudah masuk fasa usang tidak lagi berkesan digunakan sebagai aset pertahanan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Treler pengangkut kereta kebal pula tersadai " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares