29/8/2022 . Sebagaimana dilaporkan di Portal berita MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata Polis telah selesai mengambil keterangan dari beberapa individu berhubung satu laporan polis berkaitan dakwaan kebocoran kertas keputusan penghakiman kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan pada 1/9/2023.



Apa yang menarik kertas pertuduhan itu dikatakan bahan penyelidikan unit penyelidikan mahkamah.

Dalam kes kebocoran keputusan Datuk Seri Najib pula dikatakan dokumen draf sahaja yang telah diubah.

Dari segi logik bahan penyelidikan tidak memerlukan diletak nama orang yang dituduh. Mencukupi diletakkan kod kod tertentu sahaja.

Meletakkan nama tertuduh dalam keputusan penghakiman menunjukkan ianya telah dimuktamadkan lebih awal dari tarikh penghakiman.

Kebiasaannya Hakim mengambil masa 1-3 Bulan untuk mengeluarkan keputusan muktamad selepas berakhirnya sesuatu perbicaraan.

Tempoh berkenaan penting bagi hakim menjalankan kajian dan pertimbangan profesional.

Pokok persoalannya umum tertanya tanya mengapa keputusan kes telah dimuktamadkan lebih awal.

Hasil semakan polis mendapati terdapat satu artikel tular yang telah dimuat naik di portal Malaysia Today bertajuk “Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022” bertarikh 26 Ogos 2022 yang diterbit oleh Raja Petra Kamarudin seperti mana dipautan berikut

https://www.malaysia-today.net/2022/08/26/download-or-view-the-71-page-judgement-and-guilty-verdict-on-rosmah-mansor-here/

dan

https://www.malaysia-today.net/2022/08/26/rosmah-mansor-will-be-pronounced-guilty-on-1st-september-2022/

Wasap perbincangan Mama 1 Malaysia

https://chat.whatsapp.com/HswUSZ4GnET9GQa1NFWAJ4

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Keputusan penghakiman Rosmah Bocor Awal lagi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares