KUALA LUMPUR:
Sebagaimana dilaporkan di portal MalaysiaToday.com 30/8/2022, Timbalan pendakwa raya dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi telah menarik balik surat meminta hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah supaya mendahulukan kes mahkamah presiden Umno berkenaan.



Surat berkenaan juga mengarahkan supaya kes 1MDB Datuk Seri Najib dikemudiankan untuk memberi laluan kepada kes Zahid.

Hal ini telah diketahui umum ekoran tular satu surat arahan yang dikeluarkan oleh pejabat peguam negara.

Hakim Sequerah dilaporkan berkata tiada siapa yang boleh menentukan kes apa yang perlu diberi keutamaan di mahkamah.

Peguam utama Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, berkata surat itu boleh ditafsirkan sebagai memberi tekanan kepada mahkamah.

“Kami berharap perbicaraan ini akan dijalankan mengikut kedaulatan undang-undang,” katanya.

Ramai yang tertarik dengan sepotong ayat dalam surat berkenaan berbunyi ” Saya telah diarahkan“.

Tular surat pembatalan yang dimaksudkan. Jelas menunjukkan arahan dari Peguam Negara

Pertanyaan disini siapakah yang mengarah sedemikian rupa didalam surat bertarikh 29/8/2022?

Seharusnya siasatan perlu diteruskan untuk membongkar individu berselindung dibelakang surat berkenaan.

Ini kerana tindakan mengarahkan mahkamah merupakan pencabulan keatas hak kebebasan keadilan institusi perundangan negara.

Betapa hinanya apabila terbongkar aib seseorang, tiada terkecuali termasuk segala apa yang disembunyikan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Surat desak Hakim dahulu kes Zahid ditarik balik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares