Gugurnya ASP Mohd Zabri demi mengisi kemerdekaan Malaysia

Mohd Zabri dilahirkan pada di Tapah, Perak dan merupakan anak kedua dalam keluarganya. Mohd Zabri bin Abdul Hamid merupakan salah seorang perwira yang paling dikenang dalam Komando 69 Pasukan Gerakan Khas. Pencetus kepada “WARISAN DARAH PERWIRA”.

Amanat terakhir ASP Zabri sebelum menghembuskan nafas terakhir berbunyi, “Teruskan perjuanganmu… hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka… biarpun diriku tiada lagi!”

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid

Mohd Zabri memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis pada 1 Jun 1963 sebagai Inspektor Percubaan.

Selepas menamatkan latihan di PULAPOL Jalan Semarak, beliau ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 18 Mac 1963 dan beliau kemudiannya dihantar berkhidmat di Unit Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am) pada 29 Mac 1965 sebagai Komander Platun.

Pada bulan Julai 1970, Zabri menyertai pasukan Komando 69 yang baru ditubuhkan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Komando pada bulan April hingga Ogos 1971 bagi melatih pegawai dan anggota yang baru menyertai pasukan ini yang dikenali sebagai Platun Ketiga Komando 69, bertempat di Kubu Legap, Perak.

Operasi yang terlibat:

1) Ops Jemput 3

Zabri juga pernah melibatkan diri dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Jemput Tiga yang dikendalikan bersama Cawangan Khas PDRM dan perisikan khas Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) dalam memburu dan menggempur Komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang terletak disempadan Sarawak-Kalimantan.

See also  Siri Wira Negara -Anak Watan Orang ASLI

Dalam operasi yang menggabungkan pasukan Komando 69 PDRM dengan unit KOSTRAD (Komando Strategis Cadangan Angkatan Darat) TNI-AD dan mengambil masa lima bulan ini, kedua-dua pasukan tersebut berjaya menggempur kedua-dua buah kubu kumpulan PARAKU dan ketangkasan serta keberanian pasukan Komando 69 pimpinan Zabri berjaya menumbangkan beberapa orang ahli PARAKU ini amat mengagumkan pasukan keselamatan Indonesia.

2) Operasi Pintas Komunis Grik

Selain Ops Jemput Tiga, Zabri juga mengetuai tiga platun Komando 69 ke Hulu Perak pada bulan Ogos 1975 dalam gerakan mencari dan memintas salah satu kumpulan pengganas komunis yang terlibat dalam satu kes pembunuhan ke atas empat orang anggota Konstabel Tambahan Balai Polis Grik.

Empat orang anggota polis berkenaan telah dibunuh dan mayat mereka dikelar oleh komunis dengan pisau.

Pada 3 hb September 1975, unit-unitnya berjaya mengesan kedudukan khemah musuh yang terlibat berhampiran dengan Grik dan berlakunya satu pertempuran antara unit Komando 69 pimpinan Zabri dengan pengganas komunis yang mempunyai keanggotaan seramai 30 hingga 40 orang sebelum pengganas-pengganas tersebut berundur.

See also  Penagih Pil Methamphetamine Mengganas Samun bersenjata barang kemas RM170K

Dalam pertempuran tersebut, dua orang anggota Komando 69 iaitu Koperal Sheikh Ismail serta Koperal Aziz Idris tercedera.

Hasil pemeriksaan unitnya ke atas kem komunis yang ditinggalkan selepas pertempuran tersebut, mereka berjaya merampas 6 beg galas berisi makanan, pakaian, 2 laras senjata mortar, 18 butir bahan letupan, 15 kotak bekalan makanan, ubat serta beberapa barangan lain lagi.

Selain itu, mereka juga turut merampas semula 3 laras senapang patah yang dipercayai milik empat anggota Konstabel Tambahan yang dibunuh.



Pada 3 September 1975, Zabri meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis semasa membawa dua anggota Komando 69 yang tercedera ke kawasan pendaratan helikopter.

Kaki kanan beliau putus dan kecederaan di paha agak parah hingga menyebabkan beliau kehilangan banyak.

Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan memberi kata-kata amanat kepada anggotanya.

Amanat terakhir Sarjan Zabri sebelum menghembuskan nafas terakhir berbunyi, “Teruskan perjuanganmu… hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka… biarpun diriku tiada lagi!”

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tapah, Perak dengan penuh istiadat penghormatan pasukan polis.

Suasana sedih, sebak, tangisan dan titisan air mata menyelubungi dikalangan sanak saudara, keluarga dan sahabat handai serta warga PDRM, khasnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota Komando 69 yang amat rapat dengan Allahyarham.

See also  {Video} Aksi kereta mengundur laju secara berbahaya.

Selain itu, Tun Haniff Omar (Ketua Polis Negara ketika itu), Ketua Polis Perak dan pegawai-pegawai polis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Pemergian arwah yang merupakan seorang ketua di medan tempur ywng berani telah menyuntik semangat juang dan membakar jiwa anggota polis untuk memburu dan menumpaskan gerakan komunis.

Semangat perjuangan hingga ke titisan darah terakhir yang di wariskan oleh arwah ASP Zabri kepada anak-anak buahnya menjadi AMANAT kepada seluruh warga VAT69 Komando.

Sebagai tanda memperingati jasanya dalam perjuangan menentang petualang negara, beliau dianugerahi pangkat Assisten Superintenden Polis dan sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding dinamakan sebagai Kem Zabri. Beliau juga salah seoarang penerima Pingat Gagah Berani.

Sumber Facebook Vat69 Perjuangan Semalam

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Gugurnya ASP Mohd Zabri demi mengisi kemerdekaan Malaysia " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363047
Users Today : 1186
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9942
Users Last 30 days : 65397
Users This Month : 52065
Users This Year : 363046
Total Users : 363047
Views Today : 1887
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15464
Views Last 30 days : 101004
Views This Month : 80803
Views This Year : 559869
Total views : 559870
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares