Jika akses internet anda ke sesuatu laman web tiba-tiba tidak ada tindakbalas atau sangat perlahan, cuba guna aplikasi VPN seperti 1⁴ dan thunder VPN.

VPN ini pasang untuk percubaan percuma untuk satu tempoh. Jika berhasil mengembalikan kelajuan boleh diteruskan dengan pakej lengkap VPN.

Terdapat tiga kegunaan popular rangkaian peribadi maya (VPN-Virtual Private Network)

#1-Untuk menyambung kepada pelayan disekat oleh pihak berkuasa rangkaian.

#2-Untuk menjaga privasi atau kerahsiaan aktiviti dalam internet dari dikesan diintai oleh pihak berkuasa rangkaian atau pihak tidak bertanggungjawab.

#3-Untuk melepasi sistem penapisan rangkaian.

VPN (Virtual Private Network) adalah kaedah yang membolehkan anda mengakses web dengan selamat dari aktiviti mengintai oleh pihak yang mengawal rangkaian

Dunia internet yang terbuka memerlukan kawalan kerahsiaan atau privasi dari ancaman penceroboh.

Pihak penceroboh akan menggunakan data yang dicuri dari telefon untuk tujuan menjana pendapatan.

Maka kaedah VPN mesti diambil perhatian oleh semua pengguna internet masa kini.

VPN ialah kaedah menyembunyikan data data telefon dari menjadi sasaran penceroboh rangkaian.

Selain dari itu,VPN juga membenarkan akses kepada semua laman sesawang yang disekat oleh pengawal rangkaian.

Sebagai contoh laman remitano.com telah disekat oleh pihak berkuasa rangkaian.

Dengan menggunakan VPN, akses ke portal remitano.com boleh dicapai.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Apa itu VPN? Mengapa ianya penting untuk akses tersekat-sekat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares